mattzzx Publish time 9-12-2023 01:26 PM

Balai Polis Setiawangsa siap dibina dengan dana RM11 juta

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/BALAI_POLIS_SETIASDAWANGSA_1702009064.jpg
Balai Polis Setiawangsa. FOTO ROHANIS SHUKRI

Kuala Lumpur: Balai Polis Setiawangsa yang dulunya dikategori Balai Polis Komuniti siap dibina pada 17 April 2019 dengan jumlah peruntukan RM11 juta.

Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman Datuk Seri Aidi Ismail berkata, Balai Polis Setiawangsa mula beroperasi pada Februari 2008 sebagai balai komuniti di bawah pentadbiran Balai Polis Tun Razak dengan keluasan 9.6 kilometer (km) persegi.

"Balai Polis Komuniti Setiawangsa yang sedia ada pada masa itu adalah sebuah rumah kedai yang disewa di Taman Setiawangsa, di sini.

"Kini, keluasan pentadbiran Balai Polis Setiawangsa yang baharu adalah 11.1 km persegi dan mempunyai kepadatan penduduk seramai 147,095 orang berdasarkan statistik bancian pada 2020," katanya.



Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Balai Polis Setiawangsa yang terletak di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju, hari ini.

Turut hadir Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid dan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Ashari Abu Samah.

Aidi berkata, idea pembinaan balai itu adalah cetusan idea Tan Seri Zulhasnan Rafique iaitu mantan Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Setiawangsa ketika itu.

"Untuk makluman, Balai Polis Setiawangsa ini mempunyai kekuatan anggota seramai 69 orang dengan pecahan seorang pegawai sebagai Ketua Balai Polis, 68 anggota dan seorang kakitangan awam," katanya.

Sementara itu, Allaudeen berkata, penubuhan cawangan IPD Wangsa Maju adalah komitmen dan keprihatinan pihak polis kepada keselamatan dan ketenteraman awam masyarakat setempat.

"Objektif penubuhan balai polis ini adalah selari dengan komitmen kerajaan untuk mengurangkan statistik kadar jenayah di negara.

"Saya mengharapkan anggota Balai Polis Setiawangsa dapat memberikan sokongan kepada komuniti tempatan sepenuhnya.

"Ini termasuk program pencegahan jenayah, memberikan khidmat nasihat kepada penduduk dan menyediakan bantuan kepada mangsa jenayah," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/12/1038488/balai-polis-setiawangsa-siap-dibina-dengan-dana-rm11-juta
Pages: [1]
View full version: Balai Polis Setiawangsa siap dibina dengan dana RM11 juta


ADVERTISEMENT