chacon Publish time 8-12-2023 01:07 PM

Kisah Angkasawan Yang Tidak Dapat Kembali Ke Bumi Dan Terkandas Di Angkasa.






Sergei Krikalev terkenal dengan kisahnya yang terkandas di angkasa selama berbulan-bulan.

Krikalev memulakan misi angkasa lepasnya pada 19 Mei 1991, tujuh bulan sebelum Kesatuan Soviet runtuh.

Dia dihantar ke stesen angkasa mir untuk bekerja di sana selama lima bulan. Selepas lima bulan perkhidmatannya berakhir, Krikalev sepatutnya kembali ke Bumi dan pulang ke rumah.

Tetapi kerana Kesatuan Soviet sedang mengalami krisis kewangan, dia diminta untuk bertahan sedikit waktu lagi.

Pada 26 Disember 1991, negaranya iaitu Kesatuan Soviet secara rasmi dibubarkan. Bandarnya telah dinamakan semula dari Leningrad kepada Saint Petersburg.

Bagaimanapun, nasib Krikalev tidak jelas.

Negara yang akan menjemputnya telah dibubarkan dan negara penggantinya iaitu Rusia, tidak boleh menjemputnya kerana mengalami hiperinflasi.

Krikalev mungkin kembali menggunakan kapsul. Namun, tiada sesiapa yang akan menguruskannya kerana semua anak kapal sudah pulang, hanya tinggal Krikalev sahaja.

Akhirnya dia bertekad untuk bertahan di angkasa selama 311 hari dengan ancaman kerosakan badan.

Semasa dia berada di angkasa, dia dipanggil menyertai tentera dan dilaporkan hilang atau bersembunyi, yang mana dia boleh dipenjarakan. Tentera kemudian mendapat tahu bahawa dia terperangkap di angkasa

Krikalev bernasib baik dapat kembali ke Bumi selepas Jerman membayar $24 juta untuk menjemputnya.

Pada 25 Mac 1992, dia berjaya kembali ke Bumi tetapi dalam keadaan pucat dan berpeluh seperti ketulan doh basah. Rentetan kejadian itu, Krikalev digelar warganegara terakhir Kesatuan Soviet.


Kredit: Jason King

Yoonggi Publish time 22-12-2023 10:36 AM

lps baca ni aku wonder what happened to him next, survive ke mati ke. hasil google'an, he is still alive and well and is currently the executive director of human spaceflight for the Russian space agency.

Yoonggi Publish time 22-12-2023 10:37 AM



camni rupa dia skrg

mamapea Publish time 8-1-2024 05:17 PM

kt angkasa tu apa dia mkn? blh survive pulak tu...

meowed Publish time 8-1-2024 10:20 PM

teringat film korea the moon tu

unoryah Publish time 11-1-2024 09:27 AM

mujur sempat balik

syakuntala Publish time 17-1-2024 02:35 PM

pjg umur dia

AraBellaJuan87 Publish time 26-1-2024 10:02 AM

Yoonggi replied at 22-12-2023 10:36 AM
lps baca ni aku wonder what happened to him next, survive ke mati ke. hasil google'an, he is still a ...

I amaze betul dengan ilmu2 cakerawala ni. Hebat dia boleh bertahan almost a year dekat atas sana. Cukup ke tak bekalan makanan tu. Camana dia sustain otot2 dia.
Dalam citer Gravity lakonan Sandra Bullock tu pun iols dok amaze tak henti2 boleh ke dak beliau balik bumi.
Tapi yalah dah namanya filem, sampailah beliau ke bumi akhirnya, landed dalam tasik dan tak boleh nak jalan. Giler.


Baru2 ni Iols join kursus pasal Falak Syarie, penentuan masuk bulan baru dalam Islam, penentuan arah kiblat dan waktu solat.
Amaz lagi. Yih bestlah! Betapa pentingnya matahari dan bulan dalam kehidupan kita ni. Perkaitan ilmu geometri dengan falak.


Pastu kagum dengan teknologi dulu2 yang boleh bina piramid selari dengan sudut bintang2.


Lagi pula, musik yang berkaitan dengan cakerawala ni, best sungguh. Dia ada feeling membawa kita ke awang-awangan.



cantthinkofany Publish time 26-1-2024 11:49 AM

ni la buktinya....jika mmg belum ajal...maka there is always way to survive....

Pumpkinhead Publish time 26-1-2024 12:05 PM

kuat betul mental dia

Yoonggi Publish time 29-1-2024 12:19 PM

AraBellaJuan87 replied at 26-1-2024 10:02 AM
I amaze betul dengan ilmu2 cakerawala ni. Hebat dia boleh bertahan almost a year dekat atas sana....

share la yg u belajar tu. aku pun minat gak psl stars and pyramids tp dah lama x baca dah materials on them.

Yoonggi Publish time 29-1-2024 12:20 PM

meowed replied at 8-1-2024 10:20 PM
teringat film korea the moon tu

nk tgk pilem ni tp lom gak tgk. ada kt tvn kan. d.o. berlakon

AraBellaJuan87 Publish time 29-1-2024 12:23 PM

Yoonggi replied at 29-1-2024 12:19 PM
share la yg u belajar tu. aku pun minat gak psl stars and pyramids tp dah lama x baca dah material ...

Ala benda basics jer cuols. How Jakim tentukan waktu solat raya apa semua tu. Fahamn dah la benda tak semudah teropong2 dia ada cara2 dia.
Ada syarat2 sebelum nak tentukan adakah itu betul2 hilal gitu jelah.


Pages: [1]
View full version: Kisah Angkasawan Yang Tidak Dapat Kembali Ke Bumi Dan Terkandas Di Angkasa.


ADVERTISEMENT