chacon Publish time 8-12-2023 10:48 AM

‘Pakaian, periuk yang tak dipakai 40 hari, jangan simpan, nanti dihisab 40 hari’ – Ustaz Pahrol Mohamad Juoi



Wanita dan fesyen tidak dapat dipisahkan. Walaupun sudah mempunyai banyak koleksi pakaian, pakaian baru tetap dibeli untuk disesuaikan dengan apa-apa majlis atau perayaan.

Begitu juga dengan alat pekakasan dapur. Seringkali wanita mengeluh apabila alat-alat dapur tidak cukup digunakan untuk memasak sedangkan alatan dapur yang lama masih boleh digunakan.

Mungkin kedengaran situasi ini dilihat sebagai lumrah wanita yang mahukan sesuatu yang cantik dan baru sahaja, tetapi seorang pendakwah Ustaz Pahrol Mohamad Juoi menyatakan kesemua barangan tersebut akan dihisab jika tidak digunakan dalam masa 40 hari.

7305299092618448130

“Kalau ada pakaian yang dah tak dipakai 40 hari, jangan simpan. Nanti hisab 40 hari. 40 hari tak pakai ertinya kita tak perlukan tu apatah lagi periuk-periuk.

“Benda baru datang, beli. Periuk dulu disimpan, semua benda tu dihisab. Kalau benda tu 40 hari tak pakai, carilah tempat pakai. Bagilah supaya kita tukar periuk tu jadi pahala,” katanya.

Ustaz Pahrol turut menekankan kepentingan menjadikan reda Allah itu sebagai matlamat bukan alatan yang dipegang.

“Dunia ni sebagai alat, reda Allah tu sebagai matlamat. Di dunia letakkan di tangan dan akhirat itu di hati. Bila dunia di tangan, kita boleh berbagi-bagi, akhirat kita simpan di hati.

“Biarlah apa sahaja di tangan kita menjadi alat bukan matlamat,” katanya.

Sumber: TikTok

Supersirap Publish time 8-12-2023 12:09 PM

ustaz yang terkenal dengan pakar hati, hebat

dewi_rina Publish time 8-12-2023 12:21 PM

iols selalu beli baju baru, baju tak pakai walaupun elok lagi terus sedekah bagi mak ke adik2 ke sedara mara ke

Lagilah tudung berlambak-lambak, memang sedekah je

gangerina Publish time 8-12-2023 02:11 PM

dewi_rina replied at 8-12-2023 12:21 PM
iols selalu beli baju baru, baju tak pakai walaupun elok lagi terus sedekah bagi mak ke adik2 ke sed ...

baguslah u ni..... I pun cuba juga sedeqah brg2 kalau nak beli brg baru, sbb rasa bersalah ada byk brg kat rumah when there are some who dont have much...at least brg yg kita sedeqah tu dpt membahagiakan org lain. Insya Allah

prettyuglybabe Publish time 8-12-2023 04:09 PM

berani kau nak usik tupperware mak aku?????

jazaa100 Publish time 8-12-2023 06:51 PM

Beli....nanti nk pakai....
Sdmpai ke sudah tak pakai....
Alih² dpt ke bini baru hb....kita dah masuk dlm tanah dah....

Sbb tu aku dah stop membeli....
Tapi in kekdg teracun jugak....tu yg sedekah kat org brg² dah tanak pakai ...tak le terasa bersalah

becir Publish time 9-12-2023 02:32 AM

Adoi ni lagi satu.

dua_chzy Publish time 9-12-2023 01:59 PM

Menda punya ajaran ni hoi.

Tapi kalau nak ajar gini dengan niat berjimat, ok la.

dewi_rina Publish time 12-12-2023 09:30 AM

gangerina replied at 8-12-2023 06:11 AM
baguslah u ni..... I pun cuba juga sedeqah brg2 kalau nak beli brg baru, sbb rasa bersalah ada byk ...

Baju elok-elok lagi, memang sayang tapi bagi je.. Sama jugak kalau simpan pun tak pakai
Nanti mati pun benda tu keluarga, sedara mara jugak yg ambik :'(

Sekarang tengah tahan diri dari menambah koleksi baju, tudung, kasut, handbeg
Harap bertahan

Kalau nak derma kat kotak-kotak pun banyak sekarang, dekat kawasan rumah ada
Dalam shopping mall macam padini, BO semua ada untuk recycle.. Bagi je sana

Orix Publish time 14-12-2023 02:52 AM

Lawak antarabangsa sangat

Thunderclouds Publish time 14-12-2023 10:20 AM

Ni lagi seko{:1_559:}

meowed Publish time 26-12-2023 11:32 PM

best mengamalkan gaya hidup minimalist ni, nak kemas rumah pun senang, baju yang agak setahun dah tak sentuh terus bagi pada siapa yang nak, sama jugak barang lain, tenang je rasanya

mamajawie Publish time 27-12-2023 10:22 AM

tah pape la da penah meninggal hadap hari kiamat ke?stakat ni x tau la sahih ke tak sebab aku x penah dengar

astatine Publish time 5-1-2024 06:41 PM

Susah jgk camni. Klu pressure cooker tu bukan pki hari2. Xkan tiap kali nk pki baru beli, pastu g sedekah kt org..

IzzahF Publish time 8-1-2024 09:28 AM

dah tu aiols ada periuk dgn kuali besar, masak2 time makan2 dgn jiran2 atau buat kenduri baru guna. beli siap2 la masa jalan2 kat kelantan sana, supaya time perlu boleh pakai

takde la nk pakai hari2 gilo ko apo besar sgt tu. dan kenduri pun bukan dlm range within every 40 days. mcm mana tu? takkan nk sedekah kat org, time nk pakai lg nt aiols p beli baru?4

itu lg bodo, membazir amalan syaiton namanya

syamzana Publish time 8-1-2024 11:31 AM

alaaa...iols baju2 kurung byk je pakai time kenduri/raya je. tapi iols takde la membeli tetiap bulan baju2 camtu sbb mmg xpakai. beli tiap kali raya je.

cmf_jeangrey Publish time 11-1-2024 03:54 AM

Baju winter iols tu hanya boleh pakai 3-4 bulan je..then simpan...keluar pulak baju summer...pakai bbrp bulan then winter dtg lagi..simpan lagi berbulan2..kami takkan beli baru tiap season..membazir duit nanti kena cop sedara syaitan pulak..

To be honest, Islam ni agama universal..takkan la hukum ni hanya jatuh pd bangsa atau negara tertentu saja kan...so buat masa ini iols KIV dulu hukum 40 hari ni

IzzahF Publish time 11-1-2024 03:07 PM

cmf_jeangrey replied at 11-1-2024 03:54 AM
Baju winter iols tu hanya boleh pakai 3-4 bulan je..then simpan...keluar pulak baju summer...pakai b ...

I agree, buatnya tempat2 4 musim, dah fail to comply. kan naya

adelea Publish time 16-1-2024 01:52 PM

mamajawie replied at 27-12-2023 10:22 AM
tah pape la da penah meninggal hadap hari kiamat ke?stakat ni x tau la sahih ke tak sebab aku x pena ...

Ni Bende betul babe ... boleh baca sini


Sebagai seorang Muslim, pengetahuan mengenai hisab di akhirat adalah sangat penting. Hisab merupakan kiraan bagi setiap amalan manusia semasa di dunia sama ada baik atau buruk, daripada sebesar-besar amalan hinggalah kepada yang kecil. Ini juga termasuklah dengan barang yang disimpan dan tidak digunakan turut akan dihisab di akhirat kelak.Mungkin ini merupakan aktiviti kegemaran ramai iaitu dengan menyimpan pelbagai koleksi pakaian, pinggan mangkuk atau beg tangan di kediaman sendiri. Sedarlah bahawa tindakan ini akan dipersoalkan jadi bersedekahlah bermula dari sekarang!

Baca juga: Ramai Tak Faham Apa Itu Nusyuz, Rupanya Bukan Isteri Je…Si Suami Pun Boleh!
JANGAN SIMPAN BARANG YANG TAK DIPAKAI, HISAB DI AKHIRAThttps://media.siraplimau.com/2023/09/Screenshot-2023-09-27-at-5.36.53-PM.png

Menurut perkongsian dari Aishah Hasnah Arifin di laman Facebooknya menceritakan kembali tentang amalan orang ramai yang suka menyimpan harta benda yang tidak digunakan. Amalan ini sebenarnya ditegah dalam Islam kerana sifat bersedekah diutamakan.



Sahabat,Kita mencari harta dan kekayaan tidak dilarang dalam agama. Mengumpul dan menghimpun kekayaan itu yang dilarang dan tercela. Peringatan untuk saya, keluarga dan sahabat-sahabat semua juga.Mungkin ada yang tak tahu, Semoga ilmu yang disampaikan oleh Ustazah Asma’ Harun dahulu sama-sama kita dapat manfaatnya. Jangan lupa untuk check collection kita.

Keluarkan pinggan mangkuk yang sekadar kita simpan bertahun-tahun untuk hiasan, pakaian, tudung-tudung yang penuh dalam almari, koleksi telekung yang kita sayang,kasut- kasut, periuk belanga, tupperware yang menggunung tersusun cantik, handbag yang pelbagai saiz.Langsir-langsir, perabot-perabot yang masih dalam stor sayang nak buang, mana yang dah lama kita tak pakai jangan disimpan. Keluarkan. Itu ada hisabnya sahabat..Astaghfirullahal’adzim…Sedekahkan. Perlu ada limit untuk start beli barang baru.Nak beli yang baru, yang lama terus diberikan, disedekahkan pada yang memerlukan. Jangan simpan lama-lama tak guna ataupun boleh jual preloved dan duit kutipan boleh sedekahkan kepada badan-badan amal.Secara umumnya setiap nikmat yang kita ada akan dihisab dan dipersoal termasuk segala pakaian, makanan, hatta ilmu pengetahuan pun akan ditanya ke mana amalannya.KITA AKAN DITANYA MENGENAI EMPAT PERKARA..https://media.siraplimau.com/2023/09/Screenshot-2023-09-27-at-5.42.07-PM.pngDalam satu soal jawab bersama Majlis Ulama Isma (MUIS) juga menyatakan jawapan berdasarkan hadis iaitu:“ Tidak akan berganjak dua kaki anak Adam pada hari kiamat nanti hinggalah dia ditanya mengenai empat perkara : mengenai umurnya di mana dia habiskan, mengenai waktu mudanya ke mana digunakan, mengenai hartanya dari mana dia dapatkan dan ke mana dia belanjakan, dan mengenai ilmunya ke mana dia amalkannya”Kemudian dalam al-Quran juga Allah berfirman dalam surah At-Takathur ayat 8:“Kemudian kamu akan ditanya mengenai nikmat-nikmat (dikurniakan)”.Jadinya segala apa yang berkaitan dengan kepemilikan kita akan dipersoal ke mana ia digunakan. Tidak salah untuk membeli pakaian baru, atau menyimpan barang-barang tertentu, ia juga sebahagian daripada perkara yang halal yang diizinkan syariat.Namun dalam berbelanja dan mengumpul harta benda dan aset, ia perlu diseimbangkan dengan kebertanggungjawaban kita di dunia, dan apa pula yang kita sediakan jawapannya di akhirat.*Tak payahlah shopping banyak-banyak, simpan sahaja duit kita sedekah kepada yang memerlukan..

B40tastePosh Publish time 22-1-2024 02:58 AM

Kena pakai dildo dan vibrator setiap 40 hari ye sis.{:mlshy:}
Pages: [1] 2
View full version: ‘Pakaian, periuk yang tak dipakai 40 hari, jangan simpan, nanti dihisab 40 hari’ – Ustaz Pahrol Mohamad Juoi


ADVERTISEMENT