chacon Publish time 8-12-2023 08:57 AM

Angelina Jolie tak suka tinggal di Los Angeles, bercadang pindah Kemboja... “Hollywood bukan tempat sihat”



PELAKON Angelina Jolie bercadang meninggalkan Los Angeles, Amerika Syarikat dan berpindah ke negara Kemboja dengan kadar segera.

Pelakon filem Wanted itu juga memberitahu dia bercadang untuk meninggalkan dunia lakonan sepenuhnya bagi memberikan fokus kepada kehidupan baharu di negara itu.

Berita ini telah dikongsikan olehnya sendiri menerusi satu temu bual eksklusif bersama Wall Street Journal, baru-baru ini.

Menerusi temu bual berkenaan, Angelina memberitahu sejak daripada dahulu lagi dia tidak suka untuk menetap di Hollywood atas beberapa faktor.

Malah, dia tidak terfikir untuk meneruskan kerjaya lakonan sehingga usia tua.



Dalam pada itu, ada sumber mendedahkan impian pelakon berkenaan untuk berhijrah terbantut kerana masih terikat dengan bekas suaminya iaitu pelakon Brad Pitt.

Difahamkan antara faktor lain juga kerana dia terpaksa berdepan dengan proses penceraian yang panjang iaitu selama tujuh tahun dan ia menyulitkan untuk dia mendapatkan hak penjagaan enam anaknya itu.

"Itu adalah sebahagian daripada proses penceraian dan saya hilang daya untuk teruskan kehidupan secara sendiri serta bebas... kalau tidak memang saya akan pindah secepat mungkin

"Saya dibesarkan di tempat yang cukup sesak daripada semua tempat di dunia, Hollywood bukanlah tempat yang sihat," ujarnya.

watatakut Publish time 8-12-2023 11:42 AM


dia ni pro palestine.datang lah dok malaysia sis

borrow Publish time 8-12-2023 02:39 PM

penyanyi lejen jepun Gackt pun ada rumah kat sni. Ng sila polo , bawa shiloh skali :lol:

alesandra Publish time 8-12-2023 02:52 PM

Baru2 ni diashooting berlakonfilem watak maria callas.adakah itu lakonan terakhir sheols nanti?

nadie90 Publish time 8-12-2023 06:25 PM

Pindah jgn x pindah....Hollywood full of Israel propaganda.....karya2 dari Hollywood skg pun mcm makin sendu wlpun SAG-AFTRA strike dah berakhir

Page88 Publish time 8-12-2023 11:46 PM

When was America ever safe??? Seriously tho.

keranda.terbang Publish time 29-3-2024 02:41 PM

semakin kurus mummy angelina ni
mkn bnyk2 plz
she's beautiful actually
Pages: [1]
View full version: Angelina Jolie tak suka tinggal di Los Angeles, bercadang pindah Kemboja... “Hollywood bukan tempat sihat”


ADVERTISEMENT