Raline Publish time 8-12-2023 08:29 AM

[VIDEO] Trend telekung solat membimbangkan

Trend telekung solat membimbangkan

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/12/telekung.jpeg
Gambar hiasan.


PETALING JAYA – Trend atau perkembangan fesyen telekung solat bagi kaum wanita ketika ini semakin membimbangkan.

Penceramah bebas, Ustaz Jafri Mahmoodi berkata, sebelum ini telekung solat bagi kaum wanita sudah cukup elok dari segi jenis kain dan cara buatannya bagi menutup aurat ketika mengerjakan solat.

Jelasnya lagi, warna yang dipilih iaitu putih merupakan warna yang dituntut dalam Islam dan merupakan warna terbaik dalam mengerjakan solat kerana ia tenang dan bersih.

7279966363181993224


“Namun trend semakin berubah dari tahun ke tahun, awalnya dari segi warna yang asalnya putih ada yang diubah menjadi warna lain antaranya merah jambu. Bagi saya itu okey lagi.

“Lepas itu material kain pula berubah dari kain biasa tukar pula ke kain lekra, licin boleh menampakkan bentuk tubuh pula. Semakin berubah ikut peredaran masa sekarang,” ujarnya dalam satu klip video ceramahnya di TikTok, baru-baru ini.

Terbaharu jelasnya, kaum wanita sekarang sudah tidak menggunakan telekung solat, tetapi mereka terus menggunakan pakaian yang dipakai.

“Tiada masalah untuk menggunakan pakain biasa, tapi syaratnya perlu tutup aurat. Kain tudung pakai yang mahal. Ini tidak, sekali rukuk boleh nampak bentuk badan.

“Jemaah lain akan tengok, hilang khusyuk jemaah lain ketika mereka solat sebab duk tanya dekat mana beli tudung mahal itu,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.



Pages: [1]
View full version: [VIDEO] Trend telekung solat membimbangkan


ADVERTISEMENT