Raline Publish time 8-12-2023 08:20 AM

Haiqal, Avinash sandaran PONS

Haiqal, Avinash sandaran PONS

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/avinashpons_1701956636.jpg
AVINASH Nair bersaing dalam acara 110m lari berpagar. FOTO MOHD AMIN JALIL


Seremban: Persatuan Olahraga Negeri Sembilan (PONS) mempertaruhkan 30 atlet termasuk dua atlet kebangsaan pada Kejohanan Olahraga Terbuka SAECA-BJSS Innotex 2023, di Stadium Mini Bukit Jalil, Kuala Lumpur, pada 19 dan 20 Disember ini.

Jurulatih PONS, Andriani Tambeh berkata, dua atlet kebangsaan terbabit ialah Muhammad Haiqal Hanafi dalam acara pecut 100 meter (m) dan jaguh 110m lari berpagar, S Avinash Nair.

Katanya, sebahagian atlet remaja kebangsaan dari Negeri Sembilan yang sedang bersaing pada Kejohanan Olahraga Remaja Asean 2023 di Bangkok, Thailand, mulai hari ini hingga Ahad ini, dijangka akan menyertai kejohanan berkenaan.

"Walaupun kejohanan itu dianggap sebagai penutup tirai tahun ini, beberapa atlet berpotensi untuk memperagakan aksi mantap dan mendominasi acara yang dipertandingkan.

"Rekod lalu menunjukkan kejohanan ini menyaksikan saingan sengit kerana ramai atlet berprestasi tinggi yang mewakili persatuan dan kelab olahraga dari seluruh negara mengambil bahagian.

"Bagi kami (PONS), kejohanan ini boleh dijadikan sandaran dalam persiapan awal menghadapi Sukan Malaysia (Sukma) di Sarawak tahun hadapan selain memberi peluang kepada setiap atlet muda menguji prestasi semasa mereka," katanya.

Avinash Nair bersaing dalam acara 110m lari berpagar. Foto Mohd Amin Jalil.

-tamat.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/lain/2023/12/1038345/haiqal-avinash-sandaran-pons

Pages: [1]
View full version: Haiqal, Avinash sandaran PONS


ADVERTISEMENT