mattzzx Publish time 7-12-2023 05:30 PM

Penyokong JDT mahu bawa toto, bantal tengok final Piala Malaysia 2023

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/12/JDT-layar-penyokong.jpeg
Tayangan Big Screen Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2023 di antara JDT FC vs Terengganu FC akan diadakan di Dataran Segamat malam esok bermula pukul 8 malam.

SEGAMAT – Kehangatan perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 di antara Johor Darul Takzim (JDT) dan Terengganu FC (TFC) kian terasa terutama sekali bagi penyokong Harimau Selatan.

Rata-rata para penyokong menzahirkan rasa teruja dan berdebar menunggu perlawanan akhir yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Menurut Kamarul Hadi, 29, walaupun tidak berjaya mendapat tiket menonton di stadium, dia akan menonton perlawanan akhir itu di Dataran Segamat.

“Pihak Majlis Perbandaran Segamat menyediakan tayangan Big Screen Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2023 malam esok.

“Jadi saya dan rakan-rakan bercadang mahu bawa toto dan bantal santai-santai sambil tengok bola beramai-ramai.

“Itu perancangan sahaja kerana takut tiba-tiba hujan basah pula toto dan bantal itu,” katanya sambil berseloroh ketika di temui di Taman Yayasan, Segamat hari ini.

Sementara itu, Mohd Rahim Samad, 35, dia tidak mahu ketinggalan berniaga di sekitar Dataran Segamat pada malam esok sambil menonton Big Screen yang disediakan.

“Saya meniaga air balang esok malam. Jadi sambil-sambil cari rezeki boleh tonton sekali perlawanan esok.

“Saya jangkakan JDT akan menang 3-1 esok malam dengan Bergson akan jadi salah seorang penjaring gol,”kongsinya.

Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan lagi suasana dan sokongan kepada pasukan JDT FC sempena tayangan big screen Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2023 di Dataran Segamat bermula 8 malam esok. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/12/07/penyokong-jdt-mahu-bawa-toto-bantal-tengok-final-piala-malaysia-2023/
Pages: [1]
View full version: Penyokong JDT mahu bawa toto, bantal tengok final Piala Malaysia 2023


ADVERTISEMENT