mattzzx Publish time 7-12-2023 02:57 PM

Perolehan 12 helikopter TUDM secara tender terbuka

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/asghar_1701927406.jpg
MOHD Asghar Khan Goriman Khan. FOTO Bernama.

Shah Alam: Perolehan 12 helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2024 akan dilaksanakan melalui tender terbuka.

Panglima TUDM Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan berkata, pihaknya mempelawa syarikat yang berkeupayaan menyediakan helikopter mengikut spesifikasi ditetapkan bagi menyertai tender yang dijangka bermula tahun depan.

"Perolehan 12 helikopter baharu yang diluluskan melalui pengumuman belanjawan itu adalah perolehan baharu yang akan meningkatkan keupayaan penugasan Combat Search and Rescue (CSAR), Search and Rescue (SAR) dan utiliti.

"TUDM berhasrat melaksanakan tender terbuka dengan mempelawa syarikat untuk mempamerkan aset yang berkeupayaan untuk melaksanakan tugas dan spesifikasi TUDM.



"Paling utama adalah pesawat itu perlu dilengkapi senjata ringan bagi melaksanakan tugas TUDM dan meneruskan misi yang diperlukan atau memberi bantuan kepada Tentera Darat," katanya pada sidang media selepas merasmikan Hari Anugerah Kecemerlangan TUDM 2023 di Pangkalan Udara Subang di sini, hari ini.

Dalam pembentangan Belanjawan 2024 pada Oktober lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa kerajaan akan membuat perolehan 12 helikopter baharu untuk TUDM.

Mohd Asghar berkata, jumlah pesawat helikopter milik TUDM buat masa ini masih tidak mencukupi berikutan penamatan pengoperasian pesawat helikopter Nuri.

"Justeru, penambahan pesawat helikopter TUDM perlu dilaksanakan bagi menampung jurang keupayaan pesawat helikopter sedia ada yang kini digalas sepenuhnya oleh 12 pesawat helikopter EC 725 AP," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mempelawa kaum bukan Melayu untuk menyertai pasukan TUDM berikutan penyertaan kaum terbabit masih rendah dengan hanya 12 peratus daripada keseluruhan 15,000 pegawai dan anggota.

Katanya, kemajuan teknologi dan kelengkapan canggih TUDM, selain peluang menyambung pengajian semasa bertugas diyakini dapat menarik minat kaum lain terutama golongan muda untuk menyertai pasukan.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/12/1038128/perolehan-12-helikopter-tudm-secara-tender-terbuka
Pages: [1]
View full version: Perolehan 12 helikopter TUDM secara tender terbuka


ADVERTISEMENT