mattzzx Publish time 7-12-2023 02:53 PM

18 pesawat tempur ringan FA-50 dijangka diperoleh Oktober 2026

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/kanaakai1_1701927082.jpg
PESAWAT FA-50 dihasilkan Korea Aerospace Industries (KAI). FOTO Ihsan Laman Web KAI

Shah Alam: Perolehan pertama membabitkan empat daripada 18 pesawat tempur ringan FA-50 yang dibeli dari Syarikat Korea Aerospace Industries (KAI) dijangka diperoleh pada Oktober 2026.

Panglima Tentera Udara Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan berkata, perolehan baki pesawat akan dibuat secara berperingkat dijangka bermula pada pertengahan 2027.

Beliau berkata, ketika ini proses pembangunan pesawat memasuki fasa fabrikasi di pengilang peralatan tulen (OEM) di Sacheon, Korea.

"Pasukan khas Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) termasuk pakar yang terbabit dengan proses pembinaan pesawat FA-50 sudah berada di Korea.



"Pasukan itu yang berlepas dua minggu lalu akan berada di sana selama tiga tahun untuk melaksanakan dan menentukan segala proses pembinaan pesawat mengikut spesifikasi dikehendaki kerajaan serta TUDM," katanya pada sidang media selepas merasmikan Hari Anugerah Kecemerlangan TUDM 2023 di Pangkalan Udara Subang di sini, hari ini.

Sebelum ini, kerajaan menandatangani surat setuju terima (SST) pesawat tempur FA-50 bernilai RM4.08 bilion bersama KAI selaku pengeluar tunggal pesawat Korea Selatan, pada Februari lalu.

Pemeteraian perjanjian pembelian itu kemudian dibuat semasa Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA'23).

Mengulas lanjut, Mohd Asghar berkata, perolehan pesawat FA-50 itu akan dilengkapi persenjataan mengikut keperluan dan peranan sebagai pesawat Fighter Lead-In Trainer-Light Combat Aircraft (FLIT-LCA).

Katanya, keutamaan persenjataan pesawat hendaklah mempunyai kebersamaan dengan platform pesawat pejuang sedia ada.

Selain itu, kata beliau, konsep pembinaan pesawat itu juga turut membolehkan ia diintegrasikan dengan pelbagai jenis persenjataan.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/12/1038124/18-pesawat-tempur-ringan-fa-50-dijangka-diperoleh-oktober-2026
Pages: [1]
View full version: 18 pesawat tempur ringan FA-50 dijangka diperoleh Oktober 2026


ADVERTISEMENT