McTominay ledak dua gol benam Chelsea
https://assets.bharian.com.my/images/articles/mcasdworhi3j5h3i5y_1701912418.jpgPemain tengah Manchester United, Scott McTominay meledak dua gol dalam kemenangan 2-1 ke atas Chelsea pada saingan Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, Manchester. - Foto AFP
MANCHESTER: Pengendali Manchester United, Erik ten Hag berkata, skuadnya memberikan mesej dengan kemenangan 2-1 ke atas Chelsea yang meredakan sedikit tekanan ke atasnya.
Ten Hag melihat kebangkitan anak buahnya selepas kekalahan 1-0 di tangan Newcastle pada Sabtu dengan Scott McTominay meledak dua gol dalam persembahan terbaik United musim ini.
"Kami berhak memperolehinya. Kami mahu memberikan mesej ini kepada penyokong tetapi ini juga adalah gaya permainan kami.
"Sangat gembira dengan jumlah peluang yang kami cipta. Ia adalah perlawanan yang menyeronokkan buat penyokong," kata Ten Hag.
Kemenangan keenam dalam lapan aksi Liga Perdana Inggeris melonjak United ke tangga keenam dan hanya tiga mata di belakang Manchester City yang menghuni tangga keempat.
https://assets.bharian.com.my/images/articles/palsdfnakjgn24y2_1701912455.jpg
Pemain Chelsea, Cole Palmer (tengah) meledak gol penyamaan Chelsea ketika aksi Liga Perdana Inggeris menentang Manchester United di Old Trafford, Manchester. - Foto AFP
Chelsea kekal di tangga ke-10 selepas hanya merakam lima kemenangan dalam 15 aksi liga - yang menimbulkan tanda tanya terhadap masa depan pengendalinya, Mauricio Pochettino.
Percaturan Ten Hag untuk merehatkan Marcus Rashford ternyata membuahkan hasil apabila persembahan anak buahnya tampak lebih bertenaga dan meyakinkan.
United merakam 18 percubaan ke arah gol sebelum rehat - paling banyak terpaksa ditangani Chelsea dalam satu babak aksi Liga Perdana Inggeris sejak 20 tahun lalu - tetapi hanya dibolosi sekali.
Penjaga gol Chelsea, Robert Sanchez beraksi cemerlang untuk memastikan gawangnya tidak dibolosi beberapa kali sepanjang babak pertama.
United diberikan penalti selepas VAR mendapati Enzo Fernandez memijak kaki Antony, namun sepakan Bruno Fernandes diselamatkan Sanchez.
https://assets.bharian.com.my/images/articles/tenahdgjwgn24y_1701912449.jpg
Pengendali Manchester United, Erik ten Hag kini boleh menarik nafas lega selepas anak buahnya menewaskan Chelsea 2-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, Manchester. - Foto AFP
Sanchez sekali lagi menyelamatkan percubaan United, kali ini menerusi Alejandro Garnacho dan Antony - yang meneruskan kemarau jaringannya kepada 24 perlawanan berturut-turut.
United akhirnya memecah kebuntuan pada minit ke-19 apabila McTominay meledak gol kelimanya musim ini untuk menjadi penjaring terbanyak pasukannya.
Chelsea bagaimanapun menyamakan kedudukan sebelum rehat menerusi Cole Palmer.
McTominay memastikan kemenangan United pada minit ke-69 selepas menanduk masuk hantaran lintang Garnacho. - AFP
https://assets.bharian.com.my/images/articles/Garnacho7_1701912460.jpg
Pemain tengah Manchester United, Alejandro Garnacho melakukan rembatan ketika menentang Chelsea di Old Trafford. - Foto AFP
https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2023/12/1186100/mctominay-ledak-dua-gol-benam-chelsea
Pages:
[1]