mattzzx Publish time 7-12-2023 10:41 AM

Young Tigers kena belasah

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/argen_1701871074.jpg
PEMAIN negara Liau Alfarico (kiri) mengawal bola daripada dirampas pemain Argentina. FOTO Genes Gulitah

Kuala Lumpur: Skuad hoki remaja negara memilih jalan sukar untuk menempah tiket suku akhir Piala Dunia Remaja selepas dibelasah juara bertahan, Argentina 4-0 pada aksi kedua Kumpulan A, hari ini.

Dengan kekalahan itu, skuad bimbingan Muhamad Amin Rahim tidak mempunyai pilihan lain selain misi wajib menang ke atas Australia pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan, Jumaat ini untuk memastikan tempat ke suku akhir.

Manakala Argentina sudah mengesahkan tiket ke suku akhir hasil dua kemenangan selepas turut menewaskan Australia 1-0 pada perlawanan pertama, semalam.

Pada perlawanan hari ini, skuad Young Tigers berpeluang di depan apabila dihadiahkan pukulan sudut penalti pertama minit ke-10 namun ia gagal ditahan dengan baik sekali gus disia-siakan begitu sahaja.



Pada minit ke-17, pemain tengah negara, Alarafico Liau hampir meletakkan Malaysia di depan berpunca daripada pukulan sudut penalti tetapi cubaannya berjaya ditampan penjaga gol Argentina, Joaquin Ruiz.

Ketika skuad negara ghairah untuk memburu gol, Argentina memperoleh gol pertama mereka menerusi jaringan padang Bautista Capurro minit ke-20.

Skuad negara memperoleh pukulan sudut penalti ketiga minit ke-25 namun sekali lagi bola gagal ditahan dengan baik.

Argentina meletakkan Malaysia dalam situasi lebih sukar apabila memperoleh gol kedua menerusi jaringan padang Marco Aguirregomezcorta minit ke-28.

Bersambung babak kedua, Argentina memperoleh pukulan sudut penalti pertama mereka minit ke-44 dan ia disempurnakan oleh Inaki Minadeo sebelum Juan Fernandez menambah gol keempat menerusi jaringan padang minit ke-48.

Ketinggalan empat gol menyaksikan semangat skuad negara semakin pudar sekali gus menyukarkan mereka untuk melakukan kebangkitan semula.

https://www.hmetro.com.my/arena/hoki/2023/12/1037931/young-tigers-kena-belasah
Pages: [1]
View full version: Young Tigers kena belasah


ADVERTISEMENT