Strategi baharu PSG tambat Mbappe
https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/12/KYLIAN-MBAPPE.jpgMBAPPE kemungkinan tidak akan diberi pelepasan untuk beraksi di Olimpik Paris jika berhijrah ke Real, namun PSG sedia memberikannya kebenaran. - AFP
PARIS – Paris Saint-Germain (PSG) belum putus harapan dalam usaha menawarkan kontrak baharu buat ayam tambatan pasukan, Kylian Mbappe memandangkan kontraknya bakal berakhir pada penghujung musim ini.
Sebagai rekod, Mbappe tidak mempunyai masalah untuk berbincang dengan mana-mana kelab sekali gus menandatangani pra-kontrak seawal Januari depan sebelum berhijrah secara rasmi pada pertengahan tahun 2024 nanti.
Namun, PSG mahu pemain yang menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman kelab dengan 230 jaringan itu kekal tetapi dalam masa yang sama enggan terburu-buru dalam melakukan tawaran rasmi.
Difahamkan, antara ‘daya penarik’ yang bakal ditawarkan buat Mbappe adalah untuk membenarkannya beraksi pada temasya Sukan Olimpik 2024 di Paris dengan mewakili skuad Perancis bawah 23 (B-23) nanti.
Malah, pemain berusia 25 tahun itu sebelum ini menyatakan minat yang tinggi untuk mewakili skuad belia Les Bleus dalam usaha memenangi pingat ‘ibu emas’ pada temasya sukan terbesar dunia itu.
Selain itu, PSG juga sedia untuk membatu Mbappe menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman Ligue 1 yang mana rekod tersebut menjadi milik penyerang Argentina, Delio Onnis dengan 299 jaringan yang diraih pada era 80-an.
Bagaimanapun, Mbappe yang mendapat perhatian beberapa kelab antarabangsa seperti Liverpool dan Real Madrid mahu menanti keputusan PSG pada Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dahulu sama ada lolos ke peringkat kalah mati atau sebaliknya. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/12/07/strategi-baharu-psg-tambat-mbappe/
Pages:
[1]