tari Publish time 7-12-2023 09:27 AM

Penduduk Felda Bukit Aping Barat resah kehadiran 'pak belang'

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/photo_2023-12-07_08-57-16_1701911354.jpg
RAKAMAN gambar penemuan tapak kaki harimau belang di Felda Bukit Aping Barat. FOTO tular media sosial
Kota Tinggi: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor menyiasat dakwaan kehadiran harimau belang di Felda Bukit Aping Barat di sini.
Pengarahnya, Aminuddin Jamin berkata, siasatan dilakukan susulan laporan berhubung perkara itu.
"Kita akan siasat dulu," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Kehadiran harimau di kawasan itu dikesan susulan penemuan tapak kaki haiwan liar itu sebelum ia ditularkan di laman sosial Faceboo
Penduduk Felda Bukit Aping Barat yang hanya mahu dikenali sebagai Maznah, 34, berkata, penemuan tapak kaki dipercayai harimau membimbangkan penduduk di situ.
Menurutnya, penduduk Felda berharap Perhilitan akan menjalankan siasatan secepat mungkin serta mengambil tindakan sesuai.
"Kami khuatir serangan harimau seperti berlaku di Gua Musang yang mengorbankan beberapa nyawa turut berlaku di sini," katanya.
Penduduk Felda Bukit Aping Barat mendakwa kehadiran harimau itu tidak jauh dengan penempatan penduduk, ia berdasarkan penemuan tapak kaki haiwan terbabit.
sumber
Pages: [1]
View full version: Penduduk Felda Bukit Aping Barat resah kehadiran 'pak belang'


ADVERTISEMENT