mattzzx Publish time 6-12-2023 04:58 PM

Operasi padam kebakaran gudang Bukit Selambau tinggal 20 peratus

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/1206rsbukit_1701850063.jpg
Operasi pemadaman masih dilakukan di kawasan gudang yang terbakar di Bukit Selambau. FOTO IHSAN BOMBA

Sungai Petani: Operasi memadam kebakaran tiga gudang penyimpanan bahan terpakai di Bukit Selambau masih diteruskan pada hari ketiga hari ini dengan baki 20 peratus.

Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba II Mohd Naim Mat Jaafar berkata, operasi juga dibantu Pasukan Khas Pengurusan Bahan Berbahaya (HAZMAT) untuk mengesan gas di lokasi kejadian dan memastikan keadaan persekitaran terkawal.

"Operasi pemadaman masih dilakukan sehingga selesai," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, tiga gudang penyimpanan bahan terpakai seperti logam, tembaga dan wayar terbakar, Ahad lalu sehingga menyebabkan letupan bunga api berlaku.


Kejadian yang berlaku sekitar jam 7.45 petang itu turut mengejutkan penduduk di kawasan terbabit disebabkan kebakaran besar serta bunyi letupan kuat.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/12/1037806/operasi-padam-kebakaran-gudang-bukit-selambau-tinggal-20-peratus
Pages: [1]
View full version: Operasi padam kebakaran gudang Bukit Selambau tinggal 20 peratus


ADVERTISEMENT