mattzzx Publish time 6-12-2023 02:22 PM

F1 umum enam perlumbaan pecut bagi musim 2024

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/F1_Sprint_1701840744.jpg
SAINGAN pecut bakal mewarnai musim 2024 F1. FOTO AFP

Paris: Formula Satu (F1) mengumumkan enam perlumbaan pecut dengan Miami dan China bakal menganjurkannya buat kali pertama bagi musim 2024.

Miami adalah lokasi kedua di Amerika Syarikat (AS) bakal menganjurkan perlumbaan pecut pada musim akan datang, selepas Austin, Texas dan menjadi tuan rumah perlumbaan buat kali kedua.

Qatar juga akan menjadi tuan rumah buat kali kedua, dengan Austria dan Brazil akan menamatkan musim 2024.

Perlumbaan pecut pertama musim ini adalah pada April di China, diikuti Miami (Mei), Austria (Jun), Austin (Oktober), Brazil (November) dan Qatar pada hujung minggu terakhir November.


Jawatankuasa Penasihat Sukan Persekutuan Autumobil Antarabangsa (FIA) mengkaji potensi perubahan pada format pecut dan dijangka membentangkan penemuannya kepada Suruhanjaya F1 untuk kelulusan pada mesyuarat pertama mereka pada 2024.

Kemungkinan perubahan yang dibincangkan termasuk menubuhkan 'Kejohanan Perlumbaan Pecut' yang lengkap.
https://www.hmetro.com.my/arena/permotoran/2023/12/1037716/f1-umum-enam-perlumbaan-pecut-bagi-musim-2024
Pages: [1]
View full version: F1 umum enam perlumbaan pecut bagi musim 2024


ADVERTISEMENT