mattzzx Publish time 6-12-2023 02:17 PM

Peniaga nasi maut akibat 27 tusukan pisau, tiga termasuk seorang wanita direman tiga hari

https://assets.bharian.com.my/images/articles/BH6DITIKAM_1701835715.jpg
Seorang peniaga nasi ekonomi maut akibat 27 tusukan pisau di sebuah apartmen di Taman Continental, Jelutong, semalam. - Foto NSTP/Zuhainy Zulkiffli

GEORGETOWN: Tiga termasuk seorang wanita direman tiga hari bagi membantu siasatan kematian peniaga nasi ekonomi akibat 27 tusukan pisau di sebuah apartmen Jalan Ooi Thiam Siew, Taman Continental, Jelutong, di sini, semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, V Saravanan, berkata perintah reman itu bermula hari ini hingga 8 Disember.

"Bagi tangkapan berkaitan kes bunuh itu, dua lelaki dan seorang wanita direman tiga hari sehingga 8 Disember bagi membantu siasatan.

"Kesemua mereka yang berusia antara 29 hingga 42 tahun itu ditahan di sekitar kawasan Jelutong pada jam 7.30 malam," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.



Beliau berkata, ketiga-tiga suspek terdiri daripada kawan rapat.

"Motif pembunuhan bagaimanapun belum diketahui," katanya.

Semalam, media melaporkan penjual nasi maut ditikam di kawasan meletak kenderaan di apartmen Jalan Ooi Thiam Siew, Taman Continental, Jelutong.

Mangsa Teh Teik Chye, 60, cedera di dada dan leher akibat 27 tusukan pisau, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2023/12/1185794/peniaga-nasi-maut-akibat-27-tusukan-pisau-tiga-termasuk-seorang-wanita
Pages: [1]
View full version: Peniaga nasi maut akibat 27 tusukan pisau, tiga termasuk seorang wanita direman tiga hari


ADVERTISEMENT