CARI-MRO Publish time 6-12-2023 01:27 PM

Pelajar Lelaki Merungut 'Pokai'- Mak Ayah Bagi RM1,000 Buat Belanja, Teman Wanita 'Cukai' RM700

Seorang pelajar lelaki rela hati menghabiskan wang perbelanjaan yang diberikan ibu bapanya buat kekasih yang juga berstatus pelajar setiap bulan.


“Saya dengan GF (teman wanita) dua-dua masih belajar. Masing-masing hidup guna duit belanja mak ayah je.


“Cuma untungnya saya dapat lebih daripada dia, adalah kira-kira RM1,000 sebulan tapi setiap kali saya dapat duit mesti 80 peratus bagi dekat dia,” luahnya di laman X.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202312/06/132650wtkb2ekbkovbkfxi.pngGambar Hiasan




Namun di sebalik sifat permurah itu, ada kalanya pemuda berkenaan tetap berkecil hati dengan sikap teman wanitanya apabila dia tidak dapat memberikan wang belanja kerana kesempitan.


Lebih dikesali apabila teman wanitanya tidak menyedari dialah punca utama kekangan kewangan yang dihadapinya.


“Macam baru-baru ini, saya dapat duit belanja pada 2 haribulan. 3 haribulan dah hampir RM700 duit saya habis dekat dia.


“Apabila saya tak sanggup nak belanja dia... dia buat muka kesian. Sebabnya duit belanja saya lagi banyak daripada dia, sampai saya sentiasa rasa bersalah tak belanja duit dekat dia,” ujarnya.


Pada masa sama, dia mengakui berkecil hati dengan sikap teman wanita yang tidak pernah memahami keadaannya yang mahu menjalani kehidupan dan aktiviti seperti orang lain.


“Kadang saya kecil hati juga sebab yelah, saya pun berhobi juga. Saya pun nak lepak dengan kawan juga tapi setiap kali mereka ajak lepak, alasan saya sama je.


“Broke (tak ada duit) sebab memang saya broke, duit belanja saya yang banyak memang tak bertahan lebih daripada seminggu.


“Saya minta sangat nasihat korang sebab saya sayang sangat kat GF,” katanya lagi.


Di ruangan komen, rata-rata netizen tidak bersetuju dengan cara pemuda itu memanjakan kekasih dengan wang ringgit sedangkan kedua-duanya masih belajar dan wang belanja diberikan oleh ibu bapa masing-masing.


Malah, ada segelintir mereka mempersoalkan kesetiaan teman wanita pemuda itu sama ada hubungan mereka hanya berlandaskan kesenangan dan kenikmatan hidup semata-mata.


“Kau nak belajar ke atau bercinta? Mak ayah bagi duit untuk kegunaan kau, kau pula pergi belanja kat orang lain.


“Pelajar buat cara pelajar. Duit mak ayah bagi tu untuk belajar, bukan untuk membazir kat partner kau. Lainlah duit hasil titik peluh sendiri. Memang terhutang budi, tapi itu mengikis namanya. Tak ada duit tak payah dating.


“Awek hang belanja apa sampai RM700 sehari ni? Tak sedar eh masih belajar belanja macam orang kaya.


“Cukuplah kena kikis bro, perempuan macam ni takkan merasa cukup. Angkat kaki dan tinggalkan. Kau ada pilihan, tapi kalau dah sayang punca utama, maaf, aku tak kasihan sebab kau memang pilih cara ni.


“Kau cakap je mak ayah kau dah potong duit belanja kau. Cakap jumlah yang lagi kurang daripada GF kau, nanti kau ulang balik apa yang GF kau buat kat kau. Kalau dia tinggalkan kau tu faham-faham jelah. Dia nak duit kau je, sayang saja tak guna juga,” komen netizen. -CARI


Sumber: mStar

swateng1 Publish time 6-12-2023 03:38 PM

kesian mak bapak ko kena sara anak org lain yg kaki kikis

CoffeeOverdose Publish time 6-12-2023 04:11 PM

dh betina tu bg pookies kat ko, mmg la ko kena cukai. ni mesti kes bersekedudukan ni.. lapar betina.. kecik2 tk nk mampos kat lubang taik.

eyansss Publish time 6-12-2023 07:07 PM

ni namanya bodo…salah sendiri…aku awal2 lagi dah warning anak aku, jangan nak ngade2 buat perangai bbnu bagi “nafkah gf”…dua2 aku kakikan…nak sara, tunggu jadi isteri dulu…

eyansss Publish time 6-12-2023 07:08 PM

CoffeeOverdose replied at 6-12-2023 04:11 PM
dh betina tu bg pookies kat ko, mmg la ko kena cukai. ni mesti kes bersekedudukan ni.. lapar betina. ...

ada je yang tak bagi pookies pun buat perangai camni...sebab dah jadi trend bagi "nafkah gf"...

isseliparjepun Publish time 7-12-2023 10:41 PM

Nauzubillah. Moga dijauhkan anak anak dan keturunan acik dari perempuan dan lelaki berperangai begini, amin.

Supersirap Publish time 8-12-2023 12:11 PM

Ini mencari penyakit, itu sahaja

Supersirap Publish time 8-12-2023 12:12 PM

Ini memang sengaja mencari penyakit

astatine Publish time 9-12-2023 10:33 PM

Senang jadi pompuan zaman sekarang. Baru gf pun dah ditanggung. Aku dulu masa tunang pun xsanggup ambik duit dia bg..malu kot..lum kawin mcm nkkan duit dia je..walaupun time tu dia dh keje, aku student lagi

chinta89 Publish time 10-12-2023 12:36 PM

jangan jd bodoh. ko blm jd laki dia nk sara gf? spender pun makpak beli. ni mesti acah2 hidup mcm anak org kaya makan kat cafe brg branded kalah org bekerja, dan girl tu mesti lawa kan kalau budak kg aje wat pe ko nk perabiskan duit utk memenuhi keperluan dia nk melawa je

UMMI_MAI Publish time 11-12-2023 04:11 PM

saja la nak tanya pendapat , kalo anak lelaki belajo nak bagi duit sara brp RM ye sebulan, ? kira x campo duit buku or peralatan belajar la

Yoonggi Publish time 18-12-2023 10:05 AM

wow, untungnya bebudak zmn skrg. jd gf pun dpt nafkah. elaun pun byk cecah ribu. aku zmn U, register pun aku guna duit angpau aku yg aku kumpul over the years. selagi boleh, aku x mintak kt mak ayah aku. bila dah terpaksa sgt je br aku buka mulut ckp perlu duit.

kechikchomel Publish time 19-12-2023 10:54 AM

kawan iolss masa belajar dulu pun ada yg ditanggung bf. tapi bf kawan iolss tu dah kerja la masa tu.

kawan (lelaki) iolss pernah cakap, "kalau la aku jadi M, (bf kawan iolss tu) aku simpan semua resit barang/yuran yg aku bayar untuk A (kawan iolss) tu. kalau tak jadi kawin ke apa, aku tuntut balik semua tu.

nasib baik kawan iolss tu kawin jugak dgn bf dia tu :lol:

liyamariska Publish time 21-12-2023 03:10 AM

geleng kepala dgn citer jantan dok gigih spedo gf sakan tapi tak fikirkan kewangan diri sendiri...

mawardia Publish time 30-12-2023 11:44 PM

Anon tu mesti tak hensem kan

hasniey Publish time 1-1-2024 01:33 PM

UMMI_MAI replied at 11-12-2023 04:11 PM
saja la nak tanya pendapat , kalo anak lelaki belajo nak bagi duit sara brp RM ye sebulan, ? kira x...

Tgok area sis.kalau tmpat dia harga mknn ok.biasa mknn dlm campus murah sikit brbanding luar.sehari rm10 kdg tu boleh utk dua kali mkn.dulu time sy bljr ptptn tu guna utk 1 sem.xde mntak2 duit parents.
alhamdulillah cukup.cuma bila kena duduk luar.trpaksa la mntak jgk duit hujung2 sem.sbb sewa rumah biasa kteorg byr satu sem terus so hujung sem tu duit ptptn abes dah.
Xbyk pon 200-300 cukup sgt utk duit mkn.yuran semua byr awal sem.
Kalau mmg xde apply ptptn awal2 sem tu kena la bg lebih.

UMMI_MAI Publish time 3-1-2024 04:45 PM

hasniey replied at 1-1-2024 01:33 PM
Tgok area sis.kalau tmpat dia harga mknn ok.biasa mknn dlm campus murah sikit brbanding luar.sehar ...

terima ksih atas jawapn ...

HuoJingJue Publish time 3-1-2024 08:19 PM

patut bagi anak tu jadi cerdik dulu..sebelum bagi duit

Zeatyisaac Publish time 6-1-2024 08:26 PM

Bodoh......titik.

mamaazim Publish time 8-1-2024 03:22 PM

kabo je kat mak tentu tentu lepas tu tak jadi Gf dah minah tu hahahahaha... sayang aponye kalau buat cam tu.... makcik pun cinta zaman study dik... masing2 support diri sendiri je yer..
Pages: [1] 2
View full version: Pelajar Lelaki Merungut 'Pokai'- Mak Ayah Bagi RM1,000 Buat Belanja, Teman Wanita 'Cukai' RM700


ADVERTISEMENT