Majalah Times julang Messi
https://assets.hmetro.com.my/images/articles/FILES-FBL-USA-ARG-TIME-MESSI_1701828256.jpgMESSI memberi impak besar kepada bola sepak AS. FOTO AFP
Los Angeles: Lionel Messi dinobatkan sebagai 'Atlet Terbaik 2023', oleh Majalah Times selepas cemerlang dengan anugerah Ballon d'Or kelapan dan perpindahannya ke Major League Soccer (MLS) bersama Inter Miami.
Times berkata: "Bintang Argentina itu sudah mempunyai impak transformatif pada landskap sukan Amerika Syarikat (AS), walaupun negara itu mempunyai sejarah lambat menerima bola sepak."
"Lionel Messi tahun ini berjaya melakukan apa yang pernah kelihatan mustahil, apabila dia menandatangani kontrak dengan Inter Miami: menjadikan AS sebuah negara bola sepak.
Messi yang berusia 36 tahun membuat penampilan sulungnya untuk Miami pada Julai berikutan perpindahan yang mencuri tumpuan dari Paris Saint Germain (PSG).
Pemenang Piala Dunia itu juga menolak perpindahan lumayan ke Arab Saudi kerana permulaan baharu dalam MLS.
Messi menamatkan kempen dengan 11 gol dalam 14 penampilan di semua pertandingan, tetapi kecederaan menjelang akhir musim bermakna dia tidak dapat membantu Miami ke playoff.
Messi berkata: "Keutamaan pertamanya selepas PSG adalah kisah dongeng untuk kembali ke Barcelona, tetapi langkah itu terbantut atas kewangan kelab.
"Saya cuba untuk kembali, dan ia tidak berlaku sambil menambah bahawa 'banyak berfikir' berkenaan menyertai gelombang pemain luar negara yang sudah menuju ke Liga Pro Saudi.
"Ia adalah Arab Saudi atau MLS, dan kedua-dua pilihan kelihatan sangat menarik bagi saya," kata Messi kepada majalah Times.
https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2023/12/1037645/majalah-times-julang-messi
Pages:
[1]