sfhzuraz Publish time 6-12-2023 10:13 AM

Penyeludup diesel gigih isi 20 liter di pelbagai stesen minyak

Penyeludup diesel gigih isi 20 liter di pelbagai stesen minyak


Oleh Zuliaty Zulkiffli - Disember 6, 2023 @ 10:01ambhnews@bh.com.my



https://assets.bharian.com.my/images/articles/pikap_sudup_diesel_1701828001.jpg
Tiga pikap disita KPDN Kedah kerana dipercayai terbabit dalam kegiatan penyeludupan minyak diesel di sempadan Malaysia-Thailand. - Foto ihsan KPDN



ALOR SETAR: Dua lelaki yang dipercayai baru terbabit secara kecil-kecilan menyeludup diesel di sempadan Thailand tumpas selepas ditahan semalam.
Mereka ditahan sepasukan pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah, hasil risikan dan penyamaran yang dilakukan.
Pengarah KPDN Kedah, Affendi Rajini Kanth, berkata pihaknya menyita tiga pikap bernombor pendaftaran Thailand yang disyaki mengisi diesel di beberapa stesen minyak berhampiran sempadan.
"Hasil risikan dan penyamaran di beberapa stesen minyak mendapati kenderaan asing berkenaan dipercayai mengisi diesel secara berulang di beberapa stesen minyak," katanya dalam kenyataan hari ini.
Affendi berkata, modus operandi penyeludup ini dikesan aktif di kawasan sempadan negara apabila bahan api itu diisi terus ke tangki asal dengan had pembelian 20 liter di beberapa stesen minyak berbeza.
Hasil pemeriksaan terhadap dokumen perjalanan mereka mendapati mereka kerap memasuki negara ini bagi mengisi bahan api terbabit.
"Jumlah rampasan ketiga-tiga kenderaan pikap itu adalah sebanyak 180 liter yang bernilai RM387.
"Walaupun jumlah nilai dan rampasan agak kecil namun mereka dipercayai mengisi minyak diesel sedikit demi sedikit dan melakukan secara berulang ke negara ini.
"Barang sitaan membabitkan tiga kenderaan jenis pikap yang dianggarkan bernilai RM240,000," katanya.
sumber





Pages: [1]
View full version: Penyeludup diesel gigih isi 20 liter di pelbagai stesen minyak


ADVERTISEMENT