JDT guna padang hybrid
JDT guna padang hybridhttps://assets.bharian.com.my/images/articles/tmj-5_1701779257.jpg
TMJ memeriksa kualiti padang jenis rumput hybrid di Stadium Larkin. - NSTP/Johor Southern Tigers
KUALA LUMPUR: Padang di gelanggang rasmi pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT), Stadium Sultan Ibrahim bakal ditukar kepada padang jenis hybrid.
Perkara itu dimaklumkan kelab berkenaan di laman Facebook rasmi mereka, JOHOR Southern Tigers dengan padang jenis itu juga akan dipasang di semua kemudahan fasiliti JDT.
Menurut kelab itu, keputusan berkenaan dibuat selepas melihat hasil pemasangan padang jenis hybrid yang baharu di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin.
Terdahulu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga pemilik JDT memeriksa kerja pemasangan padang jenis hybrid di stadium berkenaan.
"Padang hybrid ini akan menjadi satu-satu yang seumpamanya dalam bola sepak Malaysia. Padang hybrid merupakan teknologi moden yang pada masa ini digunakan di Eropah.
"Padang Hybrid di Larkin adalah campuran rumput tiruan dan empat jenis benih rumput yang diberi nama 'JDT Blend'.
"Selepas menganalisa hasilnya, rumput berkenaan akan dipasang di kesemua kemudahan fasiliti JDT yang lain, termasuk Stadium Sultan Ibrahim," jelas kelab itu.
Ketika ini, Stadium Sultan Ibrahim yang dianggap memiliki padang terbaik di Malaysia menggunakan rumput jenis Zeon Zoysia.
Sumber:https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2023/12/1185616/jdt-guna-padang-hybrid
Pages:
[1]