sfhzuraz Publish time 6-12-2023 12:15 AM

Enam kampung di Baling dilanda banjir kilat

Enam kampung di Baling dilanda banjir kilat


Oleh Zuliaty Zulkiffli - Disember 5, 2023 @ 10:40pmbhnews@bh.com.my



https://assets.bharian.com.my/images/articles/balingbanjir_1701787170.jpg
Anggota APM Baling melakukan pemantauan di kawasan Kampung Iboi yang dilanda banjir kilat. - NSTP/Ihsan APM



BALING: Enam kampung di daerah ini dilanda banjir kilat, susulan hujan lebat hari ini.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Leftenan (PA) Mohd Faizol Ab Aziz, berkata antara kampung yang terjejas termasuklah Kampung Iboi, Kampung Sadek, Kampung Seberang Jaya, Kampung Tanjung dan Kampung Bendang Padang di Mukim Kupang, manakala Kampung Badang di Mukim Bakai.
Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian banjir kilat itu pada jam 7 petang tadi.
"Jumlah mangsa yang terjejas dalam kejadian banjir ini masih dalam bancian.
"Setakat ini tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah ini," katanya hari ini.
Mohd Faizol berkata, hujan lebat berterusan beberapa jam menyebabkan air Sungai Baling melimpah ke penempatan penduduk yang tinggal di kawasan yang rendah.
sumber





Pages: [1]
View full version: Enam kampung di Baling dilanda banjir kilat


ADVERTISEMENT