sfhzuraz Publish time 6-12-2023 12:10 AM

Penjual nasi maut ditikam 27 kali

Penjual nasi maut ditikam 27 kali


Zuhainy Zulkiffli
am@hmetro.com.my





Georgetown: Penjual nasi ekonomi maut selepas ditikam lebih 20 kali di dada, leher dan abdomen di kawasan parkir sebuah apartmen di Jalan Ooi Thiam Siew, Taman Continental, Jelutong, di sini hari ini.
Mangsa Teh Teik Chye, 60, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP).
Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, V Saravanan berkata, terdahulu, pihaknya menerima maklumat berlaku pergaduhan di kawasan berkenaan pada 6.18 petang.
Katanya, penduduk kemudian mendakwa melihat lelaki berkenaan terbaring di kawasan parkir dan membantu menghubungi keluarga mangsa serta ambulans.
"Pemeriksaan menemukan 27 kesan tikaman pada bahagian dada, leher dan abdomen mangsa, dipercayai menggunakan senjata pisau.
"Mangsa dibawa ke hospital dengan ambulans, bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika diberi rawatan," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Saravanan berkata, siasatan terhadap rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran lif dan pondok pengawal mendapati dua suspek lelaki menunggang motosikal, memasuki kawasan berkenaan sebelum seorang daripadanya menikam mangsa.
"Kita masih menyiasat motif, dipercayai kejadian bukan bermotifkan samun tetapi lebih kepada bunuh dan mangsa juga mempunyai rekod lampau.
"Mangsa adalah penjual nasi ekonomi di Pasar Awam Jalan Perak, juga tinggal di apartmen ini serta mempunyai anak dan cucu, malah ahli keluarga juga sudah maklum mengenainya," katanya, memberitahu kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Disiarkan pada: Disember 5, 2023 @ 11:09pm


https://assets.hmetro.com.my/images/articles/5hmbn1sd_1701791408.jpg
POLIS melakukan siasatan di lokasi peniaga nasi ekonomi maut ditikam 27 kali. FOTO Zuhainy Zulkiffli.

sumber






sfhzuraz Publish time 6-12-2023 12:11 AM

lEZfVdtn_ac?si=RXS90Hu_ye7iIoW8

sfhzuraz Publish time 6-12-2023 12:19 AM

https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2023/12/05/2450310.jpg
Mangsa disahkan meninggal dunia di hospital selepas ditikam 27 kali di seluruh badannya dalam kejadian petang Selasa.

kredit - sinar harian.

Pages: [1]
View full version: Penjual nasi maut ditikam 27 kali


ADVERTISEMENT