tari Publish time 5-12-2023 08:13 PM

Econsave bantu naik taraf NARSQBOT ke Tokyo

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/5123lias1_1701765032.jpg
MAS Imran menyampaikan sumbangan kepada Nor Nasriq untuk menaiktaraf robot 'NARSQBOT.' FOTO Alias Abd Rani
Simpang Renggam: "Kami tak perlu lagi risau macam mana nak cari dana. Terima kasih Econsave kerana sudi tampil memberi bantuan kepada sekolah kami," kata guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Gading, Nor Nasriq Dada Meah Md Rashid.
SMK Sri Gading satu-satunya sekolah di negara ini layak menyertai Grand Final Kejohanan Robot Sumo Seluruh Jepun 2023, di Tokyo minggu depan namun mereka berdepan kekangan kewangan untuk menaik taraf robot 'NARSQBOT'.
Nor Nasriq berkata, sebelum ini dia terpaksa menggunakan duit sendiri malah berhutang menggunakan kad kredit untuk membeli alat ganti bagi menaik taraf robot terbabit.
"Dalam pertandingan ini robot yang berlawan akan mengalami kerosakan. Jadi kita perlukan alat ganti untuk membaikinya.
"Kini kami tiada lagi tekanan untuk menyertai kejohanan itu. Esok pasukan kami akan berlepas ke Kuala Lumpur sebelum meneruskan penerbangan ke Tokyo," katanya ketika ditemui selepas menerima sumbangan daripada pasar raya Econsave Cash And Carry (Econsave), di Simpang Renggam, hari ini.
Sumbangan itu disampaikan Pengurus Besar Econsave Mas Imran Adam.
Sementara itu, Mas Imran Adam berkata, pihaknya terpanggil untuk memberi sumbangan kepada pasukan SMK Sri Gading bagi membolehkan mereka menyertai kejohanan tanpa sebarang tekanan.
"Kami di Econsave amat berbangga dengan mereka kerana dapat mewakili negara di persada antarabangsa. Kita sentiasa memberi bantuan terutama membabitkan program CSR (tanggungjawab sosial korporat).
"Baru-baru ini kami ada buat kutipan untuk Gaza, Palestin dan kami berjaya menyumbang RM100,000 kepada MyCare Malaysia. Daripada keseluruhan sumbangan itu, kita memperuntukkan RM50,000 untuk membeli air mineral dari Mesir yang akan dibawa masuk melalui sempadan Rafah.
"Lagi RM50,000 digunakan untuk membeli barangan kering termasuk kelengkapan bayi untuk dihantar kepada rakyat Palestin," katanya.
sumber
Pages: [1]
View full version: Econsave bantu naik taraf NARSQBOT ke Tokyo


ADVERTISEMENT