Redzovic intai trofi sulung bersama TFC
https://assets.bharian.com.my/images/articles/ArgzimRedzovic512_1701754957.jpgPemain pertahanan TFC, Argzim Redzovic memburu trofi sulung selepas enam tahun beraksi di negara ini. – Foto NSTP/Ghazali Kori
KUALA TERENGGANU: Selepas enam tahun berkelana di negara ini, pertahanan tengah Terengganu FC (TFC), Argzim Redzovic berpeluang sekali lagi untuk menjulang trofi sulungnya dalam saingan Liga Malaysia.
Pemain dari Montenegro berusia 31 tahun itu berkata, kekecewaan pada final Piala FA musim lalu masih lagi terasa apabila mereka tewas 3-1 di tangan Johor Darul Ta'zim (JDT).
Kini pemain yang masih menanti pengesahan status naturalisasinya itu berkata, peluang kedua tidak harus dilepaskan biarpun sedar tugas sukar untuk menumbangkan gergasi tempatan itu pada final Piala Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil Jumaat ini.
"Selain misi pasukan untuk merangkul kejuaraan kali kedua, saya juga ada misi peribadi untuk menjulang trofi pertama dalam karier saya selepas lebih kurang enam tahun bermain dalam Liga-M.
"Kegagalan muncul juara Piala FA tahun lalu masih lagi berbekam dalam ingatan.
"Jadi pada aksi penentuan Jumaat ini sekiranya saya diturunkan jurulatih (Tomislav Steinbruckner) sudah pasti saya akan sedaya upaya memberikan segala-galanya bagi mengelak benteng dibolosi pasukan lawan dan pada masa mahu menebus kekecewaan tahun lalu.
"Buat rakan sepasukan, usah gentar dengan reputasi lawan biarpun skuad itu serba lengkap, sebaliknya berjuang habis-habisan hingga wisel penamat kerana sejarah sudah terpahat kami pernah menumpaskan pasukan itu 1-0 di tempat lawan dalam saingan Liga Super pada 2021."
https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2023/12/1185444/redzovic-intai-trofi-sulung-bersama-tfc
Pages:
[1]