mattzzx Publish time 5-12-2023 03:01 PM

Ranking Sivsangari naik lagi, kini menghuni no. 15 dunia

https://www.utusan.com.my/wp-content/uploads/2023/10/Sivasangari-1-e1696498561987.jpg
S. SIVASANGARI merangkul pingat emas skuasy perseorangan wanita selepas mengalahkan Chan Sin Yuk dari Hong Kong.



PETALING JAYA: Pemain skuasy wanita negara, S. Sivasangari berjaya menamatkan tahun 2023 dengan gilang gemilang setelahmenduduki tangga ke-15 dunia berdasarkan ranking yang dikeluarkan Persatuan Skuasy Profesional (PSA), hari ini.

Sivasangari sebelum ini berada dalam kedudukan 16 terbaik dunia dan berjaya naik satu anak tangga berdasarkan pencapaian dalam beberapa kejohanan sebelum ini antaranya menjuarai Trofi Tuanku Mukhriz pada Ogos dan seterusnya meraih gelaran kedua di Kejohanan Skuasy Kelab Bola Sepak Hong Kong Terbuka bulan lalu.

Ia peningkatan yang memberangsangkan memandangkan Sangari baru sahaja kembali ke lapangan skuasy secara aktif tahun ini selepas tersisih selama tujuh bulan gara-gara terlibat dengan kemalangan jalan raya.

Turut sama mengalami peningkatan ranking adalah pemain utama lelaki negara, Ng Eain Yow yang mendaki satu anak tangga ke kedudukan ke 18 dunia.

https://www.utusan.com.my/sukan/2023/12/ranking-sivsangari-naik-lagi-kini-menghuni-no-15-dunia/
Pages: [1]
View full version: Ranking Sivsangari naik lagi, kini menghuni no. 15 dunia


ADVERTISEMENT