Krisis kecederaan hantui Liverpool
https://assets.hmetro.com.my/images/articles/FBL-ENG-PR-LIVERPOOL-FULHAM_1701754168.jpgMATIP (kiri) dikatakan mengalami kecederaan lutut. FOTO AFP
Liverpool: Liverpool akan mengharungi aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pertengahan minggu buat kali pertama Khamis ini apabila mereka bertandang ke tempat lawan menentang Sheffield United di Bramall Lane.
Ia adalah perlawanan pertama daripada tiga perlawanan di tempat lawan secara berturut-turut buat pasukan bimbingan Jurgen Klopp yang menyaksikan mereka berdepan dengan Blades.
Liverpool sebelum ini menerima kesan daripada masalah kecederaan hujung minggu lalu sebelum bangkit dari ketinggalan pada minit-minit akhir untuk menewaskan Fulham 4-3 di Anfield.
Keputusan seri yang dicatatkan Manchester City memastikan The Reds melonjak ke tangga kedua untuk mengekalkan tekanan ke atas Arsenal.
Masalah yang dihadapi semasa perlawanan terakhir adalah akibat kecederaan pertahanan, dan kini Klopp mempunyai lebih banyak perkara yang perlu dihadapi selepas kemenangan baru-baru ini.
Terbaru mengalami masalah kecederaan ialah Joel Matip, yang digantikan pada pertengahan separuh masa kedua ketika kemenangan hujung minggu lalu.
Apa yang melegakan ialah Ibrahima Konate dapat mengambil selepas baru-baru ini berdepan masalah kecergasan namun dengan keadaan sekarang ia menambahkan rasa bimbang menuju ke musim perayaan Krismas yang sibuk.
"Kami kehilangan Joel dan jelas belum melakukan imbasan, tetapi selepas semua yang anda dengar dan dapat lihat itu tidak akan menjadi yang singkat. Ia adalah kecederaan. Agak malang, tetapi kami perlu melalui perkara ini," kata Klopp.
Selain Matip pemain yang berada dalam senarai kecederaan ialah Alisson Becker, Diogo Jota, Andy Robertson, Thiago Alcantara dan Stefan Bajcetic.
https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2023/12/1037337/krisis-kecederaan-hantui-liverpool
Pages:
[1]