mattzzx Publish time 5-12-2023 01:29 PM

Tiga lelaki ditahan disyaki bergaduh

https://www.utusan.com.my/wp-content/uploads/2023/12/IMG-20231205-WA0076.jpg
TANGKAP layar rakaman menunjukkan pergaduhan yang tercetus di sebuah restoran di Johor Bahru.




JOHOR BAHRU: Seramai tiga lelaki yang disyaki terlibat dalam pergaduhan menggunakan senjata tajam berhampiran sebuah restoran di bandar raya ini ditahan dalam dua serbuan berasingan, semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, ketiga-tiga lelaki warga tempatan yang berusia antara 26 hingga 28 tahun ditahan pada pukul 1.45 hingga 3 petang oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) JBS.

Katanya, penahanan dibuat susulan tular video menunjukkan pergaduhan sekumpulan individu bersenjata tajam di hadapan sebuah premis pada pukul 12.48 tengah malam.

“Punca kejadian masih dalam siasatan. Pihak polis masih giat mengesan beberapa suspek bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam, tular video berdurasi satu minit 49 saat dalam laman sosial Facebook memaparkan pergaduhan di sebuah kedai makan membabitkan tiga lelaki sebelum melarat apabila kelihatan sekumpulan lelaki mengejar individu terbabit.

Raub berkata, susulan penahanan individu terbabit, polis merampas empat telefon bimbit, bag galas, sebilah parang, set pakaian dan sebuah kereta.

Hasil semakan mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod lampau, iaitu satu rekod dadah, empatjenayah dan satu rekod senarai hitam.

Orang awam yang mempunyai maklumat boleh menghubungi hotline IPD JBS, iaitu 07-2182323 atau pegawai penyiasat kes, Inspektor Azlinda Mohd. Khalid menerusi talian 017-2765250 dan kes disiasat di bawah S eksyen 148 Kanun Keseksaan. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/berita/2023/12/tiga-lelaki-ditahan-disyaki-bergaduh/
Pages: [1]
View full version: Tiga lelaki ditahan disyaki bergaduh


ADVERTISEMENT