mattzzx Publish time 5-12-2023 10:58 AM

EPL umumkan perjanjian hak televisyen domestik bernilai £6.7 bilion

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/SOCCER-ENGLAND_TVRIGHTS_1701741235.jpg
EPL terus menjadi antara liga yang mendapat liputan meluas seluruh dunia. FOTO Reuters

London: Liga Perdana Inggeris (EPL) mengumumkan bersetuju dengan rekod perjanjian hak televisyen domestik bernilai £6.7 bilion (RM39.4 bilion) untuk tempoh empat tahun bermula dari musim 2025/26.

Perjanjian semasa dilaporkan bernilai sekitar £5 bilion (RM29.4 bilion) sepanjang kitaran tiga tahun dan meliputi 200 perlawanan setiap musim.

Kelab gergasi England memuji perjanjian yang dikongsi antara penyiar yang berbeza sebagai 'urusan hak media sukan terbesar yang pernah dibuat di United Kingdom (UK)'.

Sky Sports dan TNT Sports mengekalkan hak mereka untuk menunjukkan perlawanan secara langsung, dengan Amazon, kini menunjukkan 20 perlawanan setiap musim, bukan sebahagian daripada kitaran seterusnya.



Sky akan menayangkan sekurang-kurangnya 215 perlawanan secara langsung setiap musim manakala TNT akan menyiarkan 52.

BBC Sport akan terus menyiarkan sorotan melalui program Match of the Day.

Walaupun angka itu meningkat dan menarik perhatian, harga yang dibayar setiap perlawanan oleh penyiar jatuh dengan ketara apabila EPL meletakkan lebih banyak perlawanan setiap musim untuk dijual.

"Hasil proses ini menggariskan kekuatan EPL," kata Ketua Eksekutif EPL, Richard Masters.

"Ia adalah bukti kepada kelab, pemain dan pengurus kami yang terus menyampaikan bola sepak paling kompetitif di dunia dalam stadium penuh, dan kepada penyokong, yang mencipta suasana yang tiada tandingan setiap minggu."
https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2023/12/1037264/epl-umumkan-perjanjian-hak-televisyen-domestik-bernilai-%C2%A367-bilion
Pages: [1]
View full version: EPL umumkan perjanjian hak televisyen domestik bernilai £6.7 bilion


ADVERTISEMENT