mattzzx Publish time 5-12-2023 10:56 AM

Kenya senaraikan bintang maraton ke Paris

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/Kevin_Kiptum_1701742863.jpg
KIPTUM akan menjadi pelari tumpuan di Paris 2024. FOTO Reuters

Nairobi: Juara dua kali maraton Olimpik, Eliud Kipchoge dan pemegang rekod dunia, Kelvin Kiptum disenaraikan dalam pasukan sementara Kenya untuk ke Paris 2024.

Skuad wanita yang memiliki kekuatan hampir sama menyenaraikan juara bertahan Olimpik, Peres Jepchirchir, juara Maraton Boston dan New York, Hellen Obiri dan bekas pemegang rekod dunia wanita, Brigid Kosgei.

Kipchoge menyasarkan untuk menjadi atlet pertama memenangi tiga emas maraton Olimpik berikutan kejayaannya di Rio 2016 dan Tokyo 2021.

Dia tidak pernah berlumba menentang Kiptum, juara Maraton London dan Chicago yang mengatasi catatan lama Kipchoge dengan masa 2 jam 00.35 saat (s) di Chicago pada 8 Oktober.



Pengarah pertandingan Olahraga Kenya (AK) Paul Mutwii berkata: "Senarai 10 atlet dalam kedua-dua kategori lelaki dan wanita bakal dikurangkan pada Januari kepada lima pelari setiap satu untuk temasya itu.

"Pemilihan pasukan adalah berdasarkan ranking dunia dan prestasi atlet dalam perlumbaan maraton utama tahun ini.

"Kami juga sudah mempertimbangkan konsistensi, anti-doping, disiplin, kesanggupan dan mentaliti kejuaraan serta sikap para atlet," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/lain/2023/12/1037268/kenya-senaraikan-bintang-maraton-ke-paris
Pages: [1]
View full version: Kenya senaraikan bintang maraton ke Paris


ADVERTISEMENT