Van Dijk tak gembira dengan Alexander-Arnold
https://assets.bharian.com.my/images/articles/trent512a_1701744077.jpgPemain Liverpool, Trent Alexander-Arnold meraikan gol dengan melayangkan badannya ke padang selepas menyumbat gol kemenangan menundukkan Fulham 4-3 pada aksi Liga Perdana Inggeris di Anfield, Liverpool kelmarin. – Foto AFP
LONDON: Pemain pertahanan Liverpool, Trent Alexander-Arnold mengakui Virgil van Dijk tidak gembira dengannya selepas dia luka di lutut ketika meraikan gol kemenangan dramatik lewat perlawanan 4-3 ke atas Fulham kelmarin.
Alexander-Arnold menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-88 di Anfield sekali gus melonjak The Reds ke tangga kedua Liga Perdana Inggeris, mengatasi Manchester City dan mengecilkan jurang perbezaan berbanding pendahulu liga Arsenal kepada dua mata.
Bagi meraikan golnya, Alexander-Arnold melayangkan badannya ke penjuru sudut dengan gaya seperti Jurgen Klinsmann ketika beberapa rakan sepasukannya - termasuk Van Dijk - turut meniru gayanya.
"Saya fikir anda boleh lihat menerusinya bagaimana ia terlalu bermakna," kata Alexander-Arnold kepada laman web kelab.
"Saya mengalami luka besar di lutut jadi saya tidak mahu mengulanginya dengan menggelongsor secara melutut jadi saya fikir saya perlu melakukan sesuatu. Anda boleh lihat ia penuh emosi, betapa ia terlalu bermakna buat pasukan dan peminat."
https://assets.bharian.com.my/images/articles/trent512b_1701744091.jpg
Pemain Liverpool, Trent Alexander-Arnold (dua dari kanan) meraikan gol bersama rakan sepasukannya ketika menentang Fulham di Anfield kelmarin. – Foto AFP
Apabila ditanya jika Van Dijk gembira dengannya, Alexander-Arnold membalas: "Dia turut luka di lutut kerana ia kali pertama dia melakukan gelongsor lutut. Bagi seseorang sepertinya yang tenang untuk meraikannya secara gelongsor lutut menunjukkan betapa ia bermakna kepada pasukan.
"Ia terlalu penting untuk kekal dalam kalangan teratas di carta liga.
"Kami akan mengharungi minggu besar yang bermula pada pertengahan minggu, jadi bagus untuk mengekalkan momentum bagi menghadapinya." – AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2023/12/1185335/van-dijk-tak-gembira-dengan-alexander-arnold
Pages:
[1]