mattzzx Publish time 5-12-2023 10:46 AM

FA hukum City akibat kelakuan buruk pemain

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/FBL-ENG-PR-MAN_CITY-TOTTENHAM_1701743846.jpg
INSIDEN yang membabitkan pemain City hujung minggu lalu. FOTO AFP

London: Manchester City menerima hukuman daripada Persatuan Bolasepak England (FA) atas tingkah laku pemain mereka pada saat-saat akhir ketika seri 3-3 menentang Tottenham pada hujung minggu lalu.

Beberapa bintang City, termasuk Erling Haaland yang marah, mengepung pengadil, Simon Hooper selepas dia gagal diberi ruang meneruskan permainan pada saat-saat akhir pertembungan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang mendebarkan di Stadium Etihad.

Haaland dikasari tetapi tidak mengendahkan asakan Emerson Royal untuk menyambung permainan dengan Jack Grealish, sebelum Hooper menghentikan permainan bagi memberikan tuan rumah sepakan percuma, walaupun sebelum itu sudah menunjukkan isyarat teruskan permainan.

Haaland terus menyuarakan kemarahannya ketika dia meninggalkan padang selepas wisel penamat dan dia meneruskan bantahannya selepas perlawanan dengan menyiarkan semula klip insiden itu di X, dengan komen 'Wtf', yang juga slanga menyinggung perasaan.



Pengurus Pep Guardiola berkata beliau memahami kemarahan penyerangnya.

"Dia sedikit kecewa," kata bos City itu selepas perlawanan.

"Malah pengadil - jika dia bermain untuk Man City hari ini dia akan kecewa untuk tindakan itu, itu sudah pasti."

FA mengeluarkan kenyataan mengatakan City didakwa.

"Manchester City didakwa melanggar peraturan FA E20.1 selepas pemain mereka mengepung pegawai perlawanan semasa perlawanan EPL menentang Tottenham Hotspur pada Ahad, 3 Disember 2023," kata badan induk itu dalam satu kenyataan.

"Didakwa, pada minit ke-94 perlawanan, kelab gagal memastikan pemain mereka tidak berkelakuan dengan cara yang tidak wajar.

"Manchester City mempunyai masa sehingga Khamis, 7 Disember untuk menjawab pertuduhan itu."
https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2023/12/1037274/fa-hukum-city-akibat-kelakuan-buruk-pemain
Pages: [1]
View full version: FA hukum City akibat kelakuan buruk pemain


ADVERTISEMENT