sfhzuraz Publish time 5-12-2023 01:33 AM

Dua beranak dipanah petir

Dua beranak dipanah petir


Aizat Sharif
am@hmetro.com.my


https://assets.hmetro.com.my/images/articles/hiasan-kilat_1701710764.jpg
GAMBAR hiasan



Kangar: Dua beranak cedera selepas dipanah petir di Kampung Permatang Kerisek, Simpang Empat, di sini semalam, ketika cuaca hujan.
Dalam kejadian jam 7 petang itu, mangsa Nor Lelawati Abu Bakar, 39, mengalami trauma, manakala anaknya, Muhamad Azizul Jaafar, 8, cedera.
Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, Nor Lelawati dikatakan ingin mengambil anaknya dari rumah jiran.
"Ketika kedua-dua beranak itu sedang berjalan pulang ke rumah mereka yang tidak jauh dari rumah jirannya itu, terdengar dentuman kuat di langit sebelum keduanya dipanah petir.
"Mangsa yang ditemui jiran dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk mendapatkan rawatan pakar kulit," katanya ketika dihubungi hari ini.
Katanya, Muhamad Azizul mengalami kesan terbakar hampir seluruh badan manakala Nor Lelawati pula hanya mengalami trauma.
Siasatan terhadap kejadian masih diteruskan.


Disiarkan pada: Disember 5, 2023 @ 1:26am


sumber




Pages: [1]
View full version: Dua beranak dipanah petir


ADVERTISEMENT