sfhzuraz Publish time 5-12-2023 01:05 AM

Kenderaan terkandas, pekan Changlun dilanda banjir kilat

Kenderaan terkandas, pekan Changlun dilanda banjir kilat


Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my


https://assets.hmetro.com.my/images/articles/1204rskilat_1701695829.jpg
Beberapa kenderaan yang terkandas akibat banjir kilat yang melanda Pekan Changlun dan Lebuhraya Jitra- Changlun susulan hujan lebat hari ini. FOTO IHSAN Pembaca



Changlun: Kawasan Pekan Changlun dan Lebuhraya Jitra- Changlun sekali lagi dilanda banjir kilat hari ini menyebabkan banyak kenderaan terkandas berikutan paras air yang naik mendadak.
Berdasarkan video yang tular di media sosial, kebanyakan kenderaan terkandas berikutan banjir kilat yang melanda lewat petang hari ini.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kubang Pasu, Kapten (PA) Mohd Adenin Suhaimi berkata, kejadian disebabkan hujan lebat mulai jam 6 petang.
Beliau berkata, hasil pemantauan mendapati antara kawasan yang dinaiki air adalah di Pekan Changlun dan Lebuhraya Jitra- Changlun.
"Setakat ini pemantauan masih dilakukan dan bilangan rumah yang dinaiki air masih dalam bancian.
"Bagaimanapun, trend air setakat ini menunjukkan penurunan dan kejadian berlaku disebabkan saluran perparitan yang tersumbat.
"Keadaan ketika ini masih terkawal dan anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kubang Pasu masih berada di lapangan dan membuat pemantauan ketika ini selain berada dalam keadaan bersiap sedia," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Adenin berkata, ketika ini hujan masih renyai dan penduduk yang tinggal di kawasan rendah dinasihatkan supaya bersiap sedia.


Disiarkan pada: Disember 4, 2023 @ 9:17pm




sumber




Pages: [1]
View full version: Kenderaan terkandas, pekan Changlun dilanda banjir kilat


ADVERTISEMENT