sfhzuraz Publish time 4-12-2023 05:18 PM

Wartawan sambilan BH Perlis tempat ketiga rencana terbaik MAKPs 2023

Wartawan sambilan BH Perlis tempat ketiga rencana terbaik MAKPs 2023


Disember 4, 2023 @ 4:39pm


https://assets.bharian.com.my/images/articles/ezat_1701679127.jpg
Mohd Aizat Sharif Fisalluddin (kiri) menang tempat ketiga kategori rencana terbaik Malam Anugerah Kewartawanan Perlis (MAKPs) 2023. - FOTO PEJABAT SUK PERLIS


Wartawan sambilan BH Perlis, Mohd Aizat Sharif Fisalluddin (kiri) meraih tempat ketiga
KANGAR: Rencana bertajuk 'Tenang lihat lembayung senja setiap petang' ditulis wartawan sambilan Berita Harian (BH) Perlis, Mohd Aizat Sharif Fisalluddin diangkat antara tiga rencana terbaik Malam Anugerah Kewartawanan Perlis (MAKPs) 2023.
Rencana santai menceritakan suasana orang ramai berpusu-pusu ke Pantai Kurong Tengar di Kuala Perlis menyaksikan panorama matahari terbenam sambil menghirup kopi dijual pengusaha kafe bergerak di kawasan itu disiarkan BH pada 22 Januari dan BH Online pada 26 Januari.
Hasil penulisan Mohd Aizat meraih ketiga kategori Rencana Terbaik, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM500, trofi dan sijil pada MAKPs 2023 yang julung kali dianjurkan di Dewan Warisan, di sini semalam.
Majlis anugerah itu anjuran Persatuan Wartawan Perlis (PWP) dengan kerjasama kerajaan Perlis, dirasmikan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.
Presiden PWP, Syed Azlan Sayid Hizar, berkata 10 anugerah ditawarkan, iaitu Berita Mandarin Terbaik; Berita Ekonomi Terbaik; Foto Terbaik; Rencana Terbaik; Berita TV Terbaik; DJ Radio Pilihan Terbaik; Pelancongan, Warisan dan Budaya Terbaik; Berita Terbaik, Laporan Khas Terbaik dan anugerah utama keseluruhan.
"Sebanyak 15 agensi media di negeri ini menyertai malam anugerah yang bertujuan menghargai keringat pengamal media di Perlis yang menabur bakti dan jasa dengan menyumbang berita mempunyai nilai tinggi dan memberi impak untuk pembangunan negeri dan negara.
"Penghargaan yang diberikan sedikit sebanyak menyemarakkan lagi semangat pengamal media untuk bekerja lebih keras pada masa hadapan dan memotivasikan diri untuk terus menyalurkan berita yang memberi nilai tambah kepada Perlis," katanya.
Pada majlis sama, bekas Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad diraikan dan menerima Anugerah Jasamu Dikenang bagi menghargai khidmat beliau dalam menerajui Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari 2019 hingga 25 Oktober lalu.
sumber





Pages: [1]
View full version: Wartawan sambilan BH Perlis tempat ketiga rencana terbaik MAKPs 2023


ADVERTISEMENT