mattzzx Publish time 4-12-2023 11:17 AM

Jennifer Lopez mahu bersara umur 90 tahun?

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/12/JENNIFER-LOPEZ-e1701594407862.jpg
JENNIFER LOPEZ

BIARPUN telah memasuki usia 54 tahun, penyanyi dan pelakon Jennifer Lopez tidak merancang untuk bersara daripada dunia hiburan.

Bahkan, Bintang filem Anaconda itu mahu terus berkarya sehingga usianya mencecah 90 tahun.

Menerusi temu bual bersama majalah Elle edisi Disember, Lopez menganggap wanita yang semakin berusia akan kelihatan lebih menarik berbanding ketika muda.

“Pertambahan usia dan pengalaman akan menjadikan seseorang wanita itu kelihatan lebih menarik. Saya percaya, ramai bersetuju wanita berusia kelihatan lebih anggun dan berkarisma.

“Seperti saya, walaupun telah memasuki fasa usia 50-an, saya tidak pernah terdetik untuk bersara.

“Selagi saya mampu, saya akan terus berada dalam bidang ini (hiburan) sehingga mencecah usia 90 tahun,” katanya.

https://www.kosmo.com.my/2023/12/04/jennifer-lopez-mahu-bersara-umur-90-tahun/

Page88 Publish time 8-12-2023 06:24 AM

That depends on how long she lives.
Pages: [1]
View full version: Jennifer Lopez mahu bersara umur 90 tahun?


ADVERTISEMENT