Raline Publish time 29-11-2023 06:32 PM

Tesla serah Model 3 pertama kepada pelanggan di Malaysia

Tesla serah Model 3 pertama kepada pelanggan di Malaysia

https://assets.bharian.com.my/images/articles/HQ2310196815_1701253335.jpg

Tesla Model 3 mempunyai pilihan dua varian -NSTP/Rohanis Shukri

KUALA LUMPUR: Tesla membuat penghantaran pertama model kereta elektrik (EV) Model 3 kepada pelanggannya di Malaysia bermula hari ini.

Penghantaran Model 3 itu juga menandakan langkah utama dalam misi Tesla untuk mempercepatkan peralihan dunia kepada tenaga lestari di Malaysia.

Tesla dalam satu kenyataan berkata, pelanggan menerima penghantaran Model 3 varian Rear-Wheel Drive dan Long Range Dual Motor All-Wheel Drive itu di pusat pengalaman Tesla Cyberjaya yang baru dibuka sebelum dilaksanakan di pusat pengalaman Tesla yang lain.

"Lebih banyak penghantaran akan datang di pusat pengalaman Tesla yang lain," katanya.

Pusat Servis Tesla Cyberjaya menyediakan perkhidmatan sehenti dengan sokongan diagnosis jauh 'Over-the-air' (OTA), talian hotline pemilik 24/7 serta membuat janji temu melalui aplikasi mudah alih Tesla.

Model 3 adalah sedan elektrik paling laris di dunia dan menjadi model kedua rasmi Tesla di Malaysia selepas Model Y.

Ia mempunyai pilihan dua varian iaitu Rear-Wheel Drive yang dijual pada harga bermula RM189,000 dan varian Long Range Dual Motor All-Wheel Drive yang ditawarkan daripada RM218,000.

Model 3 menampilkan gaya luaran dikemas kini yang dioptimumkan untuk aspek aerodinamik maksimum.

Kabin Model 3 kini lebih senyap berbanding sebelum ini, disokong penggunaan kaca akustik 360 darjah.

Ia juga memperkenalkan ciri baharu seperti pencahayaan ambien, sistem bunyi yang mendalam hasil rekaan Tesla dengan memiliki sehingga 17 pembesar suara, dwi subwoofer dan dwi amplifier.

Selain itu, Tesla berkata, pemilik juga dijemput untuk menyertai Kelab Pemilik Tesla rasmi Malaysia untuk menikmati keistimewaan daripada pelbagai rakan kongsi Tesla.

Sumber:https://www.bharian.com.my/bisnes/auto/2023/11/1183265/tesla-serah-model-3-pertama-kepada-pelanggan-di-malaysia

Pages: [1]
View full version: Tesla serah Model 3 pertama kepada pelanggan di Malaysia


ADVERTISEMENT