Raline Publish time 29-11-2023 06:20 PM

Pendaftaran e-kredit RM100 dibuka Isnin depan

Pendaftaran e-kredit RM100 dibuka Isnin depan

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/10/Anwar-3.jpeg
Anwar

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan pendaftaran bagi tuntutan e-kredit RM100 secara sekali bayar menerusi program eMADANI akan dibuka mulai Isnin ini.

Anwar berkata, permohonan untuk membuat tuntutan itu akan dibuka sehingga 20 Februari depan dan ia akan memanfaatkan 10 juta rakyat dewasa yang layak melibatkan peruntukan RM1 bilion.

“Pendaftaran dan tuntutan kredit eMADANI akan dibuka mulai Isnin, 4 Disember 2023 hingga 20 Februari 2024 melibatkan empat aplikasi penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan pengguna,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata demikian menyampaikan ucapan ketika pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.

Terdahulu bantuan e-kredit RM100 itu akan diberikan kepada rakyat berpendapatan tahunan RM100,000 ke bawah yang melibatkan golongan dewasa berusia 21 tahun ke atas dalam kalangan B40 serta M40.

Ia diumum Anwar semasa melancarkan kerangka Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat, 27 Julai lalu.-KOSMO! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/11/29/pendaftaran-e-kredit-rm100-dibuka-isnin-ini/

Pages: [1]
View full version: Pendaftaran e-kredit RM100 dibuka Isnin depan


ADVERTISEMENT