mattzzx Publish time 29-11-2023 04:49 PM

Raket Djokovic akan mula dibida dengan harga RM90,797

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/kovic29_1701237270.jpg
DJOKOVIC unggul dengan 24 gelaran utama diraih sepanjang kariernya. -FOTO AFP

London: Wanita yang mendapat raket yang dibaling Novak Djokovic selepas final Terbuka Perancis 2016 akan melelong raket berkenaan dan bersedia untuk mendapatkan wang tunai yang banyak.

Abby Doherty adalah antara 15,000 peminat yang hadir menyaksikan perlawanan di Court Philippe-Chatrier pada 5 Jun 2016 apabila Djokovic menewaskan Andy Murray.

Murray menang set pembukaan 6-3 sebelum pemain Serbia itu bangkit untuk mengambil alih tiga set berikutnya 6-1 6-2 6-4 dan memastikan gelaran Grand Slam ke-12nya.

Ia satu gelaran yang istimewa buat Djokovic dan juga yang pertama di Terbuka Perancis apabila melengkapkan karier dengan keempat-empat gelaran Grand Slam utama buat kali pertama dalam kerjayanya ketika itu.



Djokovic yang kini bergelar pemain nombor satu dunia meraih 24 gelaran utama, mengambil raketnya dan melemparkan kepada penyokongnya selepas tamat perlawanan di gelanggang tanah liat ketika itu.

Tujuh tahun kemudian, TMZ Sports melaporkan Doherty memutuskan untuk menjualnya - kerana ia hanya mengumpul habuk.

Dan pakar SCP Auctions menganggap sekeping sejarah sukan yang luar biasa boleh mencapai enam angka - dengan bidaan semasa pada £15,357 (RM90,797).

https://www.hmetro.com.my/arena/lain/2023/11/1035304/raket-djokovic-akan-mula-dibida-dengan-harga-rm90797
Pages: [1]
View full version: Raket Djokovic akan mula dibida dengan harga RM90,797


ADVERTISEMENT