CARI-MRO Publish time 29-11-2023 03:31 PM

Individu Dikecam Tunjuk Simpati Pelajar Dihantar Naik Motor Oleh Bapa "Pelik Mentaliti, Dia Bawak Motor Tapi Duit Berkepuk"

Seorang individu memuat naik video meluahkan rasa kasihan terhadap seorang pelajar hanya kerana dia dihantar oleh ayahnya menaiki motosikal ke Hotel untuk Kem SPM 2023.


Dalam hantaran tersebut, dapat dilihat pelajar-pelajar lain yang pergi ke kem berkenaan dihantar oleh ibu bapa mereka menaiki kereta kecuali seorang pelajar wanita yang membuatkan individu itu berasa simpati dengan nasibnya.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202311/29/153010jhvzegn16z69990w.png





"Semua datang berkereta, part yang last tu paling sedih naik motor, sedih aku tengok siap ayah cium, peluk anak dia," tulisnya.


Bagaimanapun, kenyataan itu disangkal warganet yang menganggap individu itu seolah-olah merendah-rendahkan status orang yang menaiki motosikal.


"Kenderaan bukanlah ukuran kebahagiaan,"antara komen netizen.




https://twitter.com/mynewshub/status/1729078804575060074


"Kenapa nak sedihkan? Adik tu tak sedih pun. Janganlah sikit-sikit nampak hal macam ni terus rasa sedih bagaikan ia satu hal yang malang untuk adik tu,"


"Apa nak sedih? Pelik mentaliti, dia bawak motor tapi duit berkepuk pun kau tak tahu,"


"Ada lagi zaman sekarang mentaliti kenderaan pengukur sebuah kehidupan." -CARI


Sumber: Gempak

manehnya Publish time 29-11-2023 04:11 PM

kat kampunig ni belambak ja, ada banglo cash, honda, velfire pun naik kapcai.. apa ada hal

adiksha Publish time 29-11-2023 04:21 PM

dia ibarat camni tau
org kat obersea tu duduk ber-vanlife - tu normal
org kite nampak org takde rumah, duduk dlm kete/campervan/vanlife - tu miskin papa kedana

gitu lerrrr

walhal, yg naik moto tu pasal malas nak tempuh jem, tol bagai
duit berkepuk jeee

meya Publish time 29-11-2023 04:23 PM

Mudah terpedaya masyarakat kita ni.

prettyuglybabe Publish time 29-11-2023 06:01 PM

padahal bapaknya sawah berelung..
hang nak beli rumah sebijik pun berkira :lol:

yururi Publish time 29-11-2023 07:52 PM

biasa yg beria meleleh air mata, sayu lemah longlai tengok hidup org lain ni confirm bipoti. macam bapak budak tu miskin sgt, gagal hidup klu tak naik kete. kat jepun tu org naik beskal je pegi kerja, pegi shopping, takde pon org jepun meleleh air mata. beza mentaliti bipoti dari negara maju dgn mentaliti bipoti melayu yg hidup suka judge org lain

isseliparjepun Publish time 30-11-2023 11:32 AM

Teruk sangat ke naik motor? Yang naik kereta tu okay sangat ke? Mentaliti manusia penyibuk sibuk nak rakam buat content.

felinecat Publish time 30-11-2023 07:02 PM

Lel, kalau rumah dekat, elak jem.memng naik motor la

Jitu Publish time 30-11-2023 09:29 PM

content yg boring

doubleharmonic Publish time 30-11-2023 09:30 PM

babi apa naik motor paling sedeh? ko tu sebenarnya yang sedeh sendu takde life sebok nak kecam orang naik motor bagai dah kenapa babi

liyamariska Publish time 1-12-2023 05:17 AM

tak paham dgn kebodohan manusia yg dok sibuk hal org lain semata utk content bagai...

Zack8hunter Publish time 3-12-2023 07:15 AM

org naik motor nak elak jem ler.. adoii

gekkou Publish time 3-12-2023 07:11 PM

mentaliti materialistik yang suka menunjuk
silap2 kalau org tu naik kerete kancil
pun dicakap kesian

xtinkerbellx Publish time 4-12-2023 10:57 AM

Dulu mentaliti iols begini la. Kesian tgk org bwk moto. Padahal bila g umah dia ade je keta berbijik , rumah sendiri dgn tanah berekar :lol:

She-Ra Publish time 4-12-2023 11:22 AM

yee kenderaan bukanlah ukuran kebahagiaan
tepuk dada tanya selera

pejalan kaki pun tenang je berjalan kaki dan guna public transport
rasa bahagia juga ;P

babelina Publish time 4-12-2023 12:28 PM

tingat satu citer.. ofcmate aku laki dia nmpk laki aku.. naik moto honda lama.. pastu ofcmate aku nie pn ckp la kt aku.. "eh.. laki aku nmpk laki ko.. dia ckp camtu jer dia.." aku pn tgk dia.. mcm apa.. "x lah.. mcmtu jer rupa dia.." sabar jer la.. dlm ht aku.. perlula mcm laki ko.. pkai moto biasa.. tp siap helmet sarung tgn beriya bagai.. mcm kn motorbike.. yg ptg kami bersyukur dan rezki Allah tu xpernah putus.. insyaAllah..

MissVixen Publish time 6-12-2023 08:09 AM

Suka hati tok nenek dia je rekod video orang. Betina mana yang main share je ni?

chinta89 Publish time 6-12-2023 11:07 AM

x paham aku... naik motor kena sedih ke?? hanya yg naik kereta-berjaya?? naik motor-miskin??

ezacbee Publish time 6-12-2023 05:37 PM

She-Ra replied at 4-12-2023 11:22 AM
yee kenderaan bukanlah ukuran kebahagiaan
tepuk dada tanya selera



Aku la tu masih setia guna public transport. Selesa. Tupun ada suara sumbang cakap kesian ko.

{:8_630:}

She-Ra Publish time 6-12-2023 05:42 PM

ezacbee replied at 6-12-2023 05:37 PM
Aku la tu masih setia guna public transport. Selesa. Tupun ada suara sumbang cakap kesian ko.

{: ...

iols pn sama pengguna public transport tegar bergerak tanpa menyusahkan org
nk jumpa, terus jumpa kt lokasi tersebut, takyah susah2 nk dtg pikap ke apa

Pages: [1] 2
View full version: Individu Dikecam Tunjuk Simpati Pelajar Dihantar Naik Motor Oleh Bapa "Pelik Mentaliti, Dia Bawak Motor Tapi Duit Berkepuk"


ADVERTISEMENT