mattzzx Publish time 29-11-2023 12:04 PM

F1: Red Bull beri amaran keras buat Perez

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/11/SERGIO-PEREZ.jpg
PEREZ perlu memperbaiki prestasinya terutama ketika sesi kelayakan sekiranya mahu kekal bersama Red Bull selepas kontraknya berakhir musim depan. - AFP

LONDON – Pasukan Red Bull Racing memberi amaran kepada Sergio Perez agar dapat bangkit menjelang musim 2024 selepas menampilkan keputusan tidak konsisten biarpun pasukan berpangkalan Milton Keynes dilabel memiliki jentera paling sempurna musim ini

Ketua pasukan Red Bull, Christian Horner menegaskan bahawa tahun 2024 adalah musim penting buat pemandu kelahiran Mexico tersebut selepas Perez menuntut untuk kekal bersama pasukan itu.

Justeru, Horner berharap agar Perez segera menekan butang ‘reset’ untuk bangkit mempamerkan persembahan terbaik bersama Max Verstappen musim depan.

“Jika anda melihat analisis perlumbaan terakhir, Perez beraksi dengan cukup baik. Dia (Perez) hanya perlu perbaiki prestasinya pada Sabtu (kelayakan).

“Dia mungkin telah memintas lebih banyak pelumba lain musim ini, tetapi kami mahu dia memulakan perlumbaan di petak keempat teratas bukannya di petak kesembilan mahupun ke-10.

“Saya harap dia memanfaatkan cuti ini dan bangkit menjelang musim 2024. Saya tahu, Perez tahu di mana dia perlu baiki kelemahannya.

“Tahun 2024 adalah tahun penting buatnya dan saya yakin dia akan kembali dengan prestasi terbaik bersama Red Bull,” kata Horner.

Kontrak Perez bersama pasukan Red Bull akan berakhir pada penghujung musim 2024 dan prestasinya kini dalam pengawasan selepas dilihat bergelut untuk menandingi pencapaian terbaik seperti Verstappen. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/11/29/f1-red-bull-beri-amaran-keras-buat-perez/
Pages: [1]
View full version: F1: Red Bull beri amaran keras buat Perez


ADVERTISEMENT