mattzzx Publish time 29-11-2023 11:57 AM

Tahniah Erry, Joe Ee

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/joe_1701181661.jpg
ERRY dan Joe Ee dipilih Olahragawan dan Olahragawati Wilayah Persekutuan.

Putrajaya: Jaguh angkat berat negara, Muhammad Erry Hidayat dan atlet gimrama, Ng Joe Ee dipilih Olahragawan dan Olahragawati Wilayah Persekutuan pada Majlis Anugerah Sukan Wilayah Persekutuan 2021/2022 yang diadakan di Auditorium Cempaka Sari, hari ini.

Kejayaan meraih pingat perak di Sukan Komanwel Birmingham 2022 membolehkan Erry menjadi pilihan terbaik untuk memenangi anugerah Olahragawan sekali

gus atlet berusia 24 tahun itu mengetepikan saingan sengit daripada atlet renang, Steve Khiew dan S Prem Kumar dari sukan karate.

Sementara itu, Joe Ee dinobatkan Olahragawati Wilayah Persekutuan mengetepikan cabaran utama dari dua atlet penerjun Olimpik negara, Nur Dhabitah Sabri dan juga Wendy Ng Yan Yee.



Kecemerlangan atlet kelahiran Kuala Lumpur itu sepanjang 2022 merangkul dua emas dalam disiplin bola dan riben pada Sukan Komanwel di Birmingham membolehkan dia merangkul anugerah itu.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dalam ucapannya berkata, Wilayah Persekutuan salah satu kuasa besar sukan di negara ini dan menjadi antara penyumbang terbesar dalam melahirkan atlet-atlet ke peringkat kebangsaan.

"Jika dilihat di peringkat yanglebih tinggi, pada tahun ini seramai 98 atlet Wilayah Persekutuan terpilih ke Sukan Sea ke-32 di Kemboja sementara 41 atlet terpilih ke Sukan Asia ke-19 di Hangzhou.

"Saya berharap agar Majlis Sukan Wilayah Persekutuan akan terus komited dalam melahirkan lebih ramai atlet yang boleh diangkat ke peringkat lebih tinggi di masa hadapan," katanya.

Di samping itu, anugerah Olahragawan Harapan dan Olahragawati Harapan pula masing-masing dimenangi atlet silat, Muhammad Khairi Adib Azhar dan Ain Najwa Muhamad Basri.

Anugerah Khas milik pemain badminton beregu lelaki, Soh Wooi Yik di atas pencapaian memenangi pingat gangsa pada Sukan Olimpik 2020 Tokyo.

https://www.hmetro.com.my/arena/lain/2023/11/1035121/tahniah-erry-joe-ee
Pages: [1]
View full version: Tahniah Erry, Joe Ee


ADVERTISEMENT