Raline Publish time 28-11-2023 10:08 PM

Tiada persefahaman, curang, campur tangan mentua antara punca utama cerai

Tiada persefahaman, curang, campur tangan mentua antara punca utama cerai

https://assets.bharian.com.my/images/articles/hiasan_cerai_-_AFP_1701171292.jpg

Gambar hiasan - FOTO AFP


KOTA BHARU: Tiada persefahaman, curang dan campur tangan mentua ialah antara punca utama perceraian dalam kalangan pasangan berusia antara 35 hingga 39 tahun di negara ini.

Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Datuk Seri Rohani Abdul Karim, berkata dapatan kajian dijalankan pihaknya setakat ini menunjukkan 56.2 peratus lelaki menyatakan mereka bercerai kerana tiada persefahaman dengan pasangan, diikuti faktor pasangan curang (11.8 peratus) dan campur tangan mentua atau ipar-duai (10 peratus).

"Bagi dapatan daripada golongan wanita pula, tiada persefahaman turut mencatat peratusan tertinggi sebagai punca mereka bercerai, iaitu 38 peratus, diikuti faktor pasangan curang (20.5 peratus) dan pasangan tidak bertanggungjawab (15.2 peratus).

"Selain itu, campur tangan mentua (enam peratus), enggan dimadukan (2.8 peratus), masalah kewangan (4.7 peratus), dan lain-lain punca seperti didera, tiada zuriat serta terbabit kes jenayah (10.4 peratus)," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Sambutan November Bulan Keluarga Kebangsaan Peringkat Kelantan, di sini, hari ini, yang dirasmikan oleh Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz.

Mengulas lanjut, Rohani berkata, rata-rata pasangan yang berdepan konflik rumah tangga terdiri daripada golongan muda selepas tempoh perkahwinan antara lima hingga 10 tahun.

"Pastinya, pihak kami akan membantu dan memberikan kaunseling terlebih dulu dengan menasihati pasangan terbabit mengikut kesesuaian masalah yang mereka hadapi.

"Memang hasrat kita ialah memastikan pasangan itu mengembalikan kasih sayang bagi mengelak mereka memilih jalan terakhir, iaitu bercerai atau berpisah," katanya. – BERNAMA

Sumber:https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/11/1182841/tiada-persefahaman-curang-campur-tangan-mentua-antara-punca-utama

Pages: [1]
View full version: Tiada persefahaman, curang, campur tangan mentua antara punca utama cerai


ADVERTISEMENT