mattzzx Publish time 28-11-2023 02:51 PM

Amaran! Jangan sewa polis bantuan

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/polisabant1_1701152074.jpg
AIDI Ismail (tengah) bergambar bersama penerima sijil pada Majlis Persidangan Tahunan Persatuan Polis Bantuan Malaysia (MAPA) Kali-34 Tahun 2023. FOTO Hidayatidayu Razali

Kota Bharu: Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi amaran kepada individu atau pihak syarikat supaya tidak mengambil kesempatan dengan menyewa polis bantuan untuk menjaga aset atau harta mereka.

Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit AmanDatuk Seri Aidi Ismail berkata, polis bantuan yang dilantik adalah untuk berkhidmat dengan syarikat yang memohon.

Menurutnya, sekiranya ada kes salah guna termasuk menyewa polis bantuan, pihak polis akan mengambil tindakan sewajarnya iaitu membatalkan sijil pelantikan polis bantuan.

"Polis bantuan ini akan dilatih selama dua bulan di Pusat Latihan Polis di seluruh negara untuk berkhidmat dengan syarikat yang memohon.



"Namun, jika ada syarikat atau agensi yang tidak memohon tetapi cuba menyewa polis bantuan, kita akan mengambil tindakan tegas.

"Mungkin ada agensi termasuk syarikat keselamatan yang tidak memohon tetapi cuba menyewa polis bantuan untuk berkhidmat serta digunakan sebagai pengawal mereka," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis Persidangan Tahunan Persatuan Polis Bantuan Malaysia (MAPA) Kali-34 Tahun 2023 di sini, hari ini.

Seramai 26 pegawai dan anggota polis bantuan menerima sijil penghargaan.

Mengulas lanjut, Aidi berkata, sehingga kini seramai 27,000 polis bantuan yang dilantik di seluruh negara.

"Setakat ini, kita mempunyai 60,000 perjawatan untuk anggota dan pegawai polis bantuan yang diluluskan.

"Bagaimanapun jumlah pelantikan pegawai dan anggota polis bantuan agak kecil kerana tidak sampai 50 peratus iaitu lebih kurang 27,000 orang.

"Sehingga kini, sebanyak 246 agensi polis bantuan seluruh Malaysia dan sebahagian besar sudah menjadi ahli MAPA.

"Yang mana belum jadi ahli kita minta mereka daftar," katanya.

Pada perkembangan yang sama, Aidi berkata, ada beberapa kes salah laku dalam kalangan polis bantuan, namun jumlahnya sangat kecil.

Menurutnya, antara salah laku yang dilakukan termasuk kes dadah, anggota membawa kenderaan milik syarikat, menyamar polis dan menyalahi undang-undang jalan raya.

"Kita sudah mengambil tindakan sewajarnya kepada mereka ini termasuk tindakan tatatertib," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/11/1034940/amaran-jangan-sewa-polis-bantuan
Pages: [1]
View full version: Amaran! Jangan sewa polis bantuan


ADVERTISEMENT