mattzzx Publish time 28-11-2023 12:31 PM

Salman Khan berkasut buruk, koyak, berlubang

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/11/SALMAN-KHAN-1.jpg
SALMAN KHAN

MENIKMATI kemasyhuran sebagai bintang berstatus jutawan malah kerap menggayakan jam tangan berharga hampir jutaan ringgit tidak menghalang aktor Salman Khan bergaya seperti orang biasa.

Terbaharu pelakon berusia 57 tahun itu dilihat tampil bersama kasut buruk yang berlubang ketika hadir pada malam gala filem pertama anak saudaranya, Alizeh Agnihotri.

Gambar duduk bersebelahan dengan aktres Katrina Kaif yang juga teman gandingan dalam filem Tiger 3, Salman tular selepas kasutnya dilihat berlubang.

Ramai tertanya-tanya bagaimana bintang filem tersohor boleh mengenakan sepatu koyak.

Ada juga yang menyangka Salman tidak menyedari keadaan kasutnya itu.

Dalam wawancara sebelum ini pelakon Bajrangi Bhaijaan itu menegaskan tidak pernah berasakan dirinya sebagai superstar kerana caranya berpakaian juga bukan menunjukkan dirinya seorang bintang.

https://www.kosmo.com.my/2023/11/28/salman-khan-berkasut-buruk-koyak-berlubang/

Page88 Publish time 1-12-2023 10:21 PM

This even makes the news.
Pages: [1]
View full version: Salman Khan berkasut buruk, koyak, berlubang


ADVERTISEMENT