tari Publish time 28-11-2023 09:40 AM

Pengecualian visa: N. Sembilan terima limpahan ekonomi

https://www.utusan.com.my/wp-content/uploads/2023/11/WhatsApp-Image-2023-11-28-at-09.11.11.jpeg

SEREMBAN: Langkah kerajaan mengecualikan visa selama 30 hari untuk rakyat China dan India ke Malaysia mulai 1 Disember ini akan mencetuskan limpahan ekonomi kepada negara ini dalam sektor pelancongan dan perdagangan.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan negeri, Nicole Tan Lee Koon berkata, limpahan itu akan turut dinikmati oleh Negeri Sembilan yang terletak berhampiran dengan pintu masuk utama negara iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Pelabuhan Klang.
Beliau berkata, beberapa destinasi pelancongan di negeri ini khususnya Port Dickson pasti akan menjadi tumpuan rakyat China selain kawasan perindustrian besar di negeri ini.
“Kerajaan negeri menyifatkan langkah yang diumumkan kerajaan ini akan memacu bukan saja sektor pelancongan tetapi pelaburan dan perdagangan dari rakyat China dan India.
“Jika kita dapat menarik kedatangan satu peratus sahaja daripada kombinasi penduduk China dan India sudah memadai untuk melonjakkan ekonomi negeri ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas langkah kerajaan mengecualikan visa selama 30 hari untuk rakyat China dan India selain dari Turkiye dan Jordan ke Malaysia mulai 1 Disember ini.
“Langkah ini bakal beri lonjak hubungan kerjasama strategik,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.Nicole Tan dalam pada itu memberitahu, pihaknya akan berbincang bersama sektor swasta untuk merangka strategi terbaik bagi meraih faedah daripada langkah kerajaan itu.-UTUSAN.
sumber
Pages: [1]
View full version: Pengecualian visa: N. Sembilan terima limpahan ekonomi


ADVERTISEMENT