chewan Publish time 20-2-2011 06:29 AM

Jari kaki palsu tertua di donia

Jari kaki palsu tertua di dunia ditemui                  
      
                http://www.sinarharian.com.my/imagesSH/8775029.jpg
                  KAHERAH - Ibu jari kaki yang ditemui pada mumia purba Mesir dipercayai anggota badan palsu terawal di dunia yang berfungsi dengan baik, menurut satu kajian.

Jari palsu diperbuat daripada kayu dan kulit haiwan itu yang ditempatkan di Muzium Mesir, Kaherah digunakan pada zaman purba bagi membantu individu tanpa ibu jari kaki untuk berjalan secara normal.

Ibu jari kaki itu dipercayai berasal dari tahun 600 Sebelum Masihi, menjadikannya anggota badan palsu tertua yang pernah ditemui.

Menurut penyelidik Universiti Manchester di Britain, Jacky Finch, replika ibu jari palsu itu diuji terhadap dua individu yang tidak mempunyai jari kaki dan didapati berfungsi dengan baik.

"Anggota badan palsu itu dapat menahan tekanan daripada badan dan tidak pecah apabila digunakan," katanya.

crdt SHonline

RosesAre_Red Publish time 20-2-2011 09:31 AM

bumi mesir mmg kaya dgn berbagai-bagai artifak dan penemuan brg2 lama
terbaru ni pulak jari kaki pelesu
x mention ke kepunyaan golongan mana tu?

daiman Publish time 24-2-2011 01:31 PM

nampak mcm besar dan panjang jari2 tu
Pages: [1]
View full version: Jari kaki palsu tertua di donia


ADVERTISEMENT