mattzzx Publish time 27-11-2023 11:49 AM

Adele tayang cincin kahwin

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/11/ADELE-ring.jpg
ADELE dilihat sudah memakai cincin perkahwinan ketika keluar dengan kekasihnya.

PENYANYI Adele dilihat memakai sebentuk cincin di jari manisnya yang dipercayai merupakan cincin perkahwinannya bersama Rich Paul sewaktu menonton sebuah perlawanan bola keranjang, baru-baru ini.

Perkara tersebut menjadi bukti kukuh bahawa pelantun lagu Someone Like You itu sudah pun berkahwin dengan Paul yang juga pemilik kelab bola keranjang, Klutch Sports Group.

Menurut laporan Daily Mail, Adele yang dilihat memakai baju sejuk berwarna biru menonton perlawanan bola keranjang bersama Paul dalam keadaan sangat intim.

Ketika mengangkat tangannya, kelihatan sebentuk cincin emas bertatahkan batu berlian pada jari manisnya, sekali gus menarik perhatian ramai peminatnya.

Cincin yang disarungkan pada jari manis penyanyi berusia 34 tahun itu turut menjadi bukti kukuh bahawa Adele sudah berkahwin.

Sebelum ini, Adele berseloroh sudah berkahwin dengan Rich Paul namun ramai masih tidak berpuas hati dengan pengakuannya yang tidak serius.
https://www.kosmo.com.my/2023/11/27/adele-tayang-cincin-kahwin/

Mamason Publish time 27-11-2023 12:28 PM

Lawaa sungguh dia lps kurus.

Page88 Publish time 1-12-2023 10:36 PM

Nice to see Adele happy again.
Pages: [1]
View full version: Adele tayang cincin kahwin


ADVERTISEMENT