mattzzx Publish time 27-11-2023 11:48 AM

Gigi Hadid punca perang Leonardo, Bradley Cooper

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/11/Gigi-Hadid-punca-perang-Leonardo-Bradley-Cooper.jpg
SI jelita, Gigi Hadid dikatakan permusuhan Leonardo dan Bradley Cooper.

PELAKON terkenal Leonardo DiCaprio kini dikhabarkan bermasam muka dengan aktor, Bradley Cooper gara-gara merebut cinta model jelita, Gigi Hadid.

Ramai mula berspekulasi, Leonardo yang diketahui sudah menjalinkan hubungan dengan Hadid sejak setahun lalu, marah selepas mengetahui Bradley cuba mendekati wanita itu.

“Leonardo berasa tersinggung dan cemburu selepas Bradley dikatakan cuba mendekati Gigi,” kata sumber terdekat kepada model tersebut.

Bagaimanapun, menurut laporan yang dipetik daripada Radar Online, khabar angin kedua-dua pelakon itu ‘bermusuhan’ gara-gara Hadid hanyalah berita palsu.

Bahkan, kedua-dua lelaki itu dikatakan berkawan rapat dan tidak pernah timbul isu cemburu hanya disebabkan wanita.
https://www.kosmo.com.my/2023/11/27/gigi-hadid-punca-perang-leonardo-bradley-cooper/

Page88 Publish time 1-12-2023 10:34 PM

Leo is old & creep that loves underaged girls. Gross.
Pages: [1]
View full version: Gigi Hadid punca perang Leonardo, Bradley Cooper


ADVERTISEMENT