mattzzx Publish time 26-11-2023 02:42 PM

Diddy berdepan dua lagi tuduhan salah laku seksual

https://www.utusan.com.my/wp-content/uploads/2023/11/diddy.webp

NEW YORK: Penyanyi rap, Sean Diddy Comb berdepan dua lagi pertuduhan salah laku seksual yang difailkan dua wanita baru-baru ini.

Mangsa, Joi Dickerson-Neal yang memfailkan tuduhan pada 23 November lepas, mendakwa dia diperangkap penyanyi 54 tahun itu dengan dadah sebelum mencabulnya pada tahun 1991.

Pada tarikh sama, seorang lagi wanita yang identitinya dirahsiakan mendakwa rapper tersebut dan penyanyi R&B, Aaron Hall menyerang dia dan rakannya di pangsapuri milik Diddy pada tahun sama.

Wanita berkenaan turut mendakwa Diddy pernah mencekiknya sehingga pengsan ketika penyanyi rap itu datang tanpa diundang ke kediamannya.

Diddy, menerusi wakilnya, menafikan semua pertuduhan tersebut.

“Diddy telah menolak dan menafikan semua pertuduhan salah laku yang kononnya berlaku lebih 30 tahun lalu yang difailkan ke mahkamah pada saat akhir.

“Beliau tidak menolak semua pertuduhan ini berniat untuk memanipulasi demi kepentingan kewangan,” katanya.

Diddy sebelum ini berdepan tuduhan rogol yang difailkan bekas teman wanitanya yang juga penyanyi, Casie.

Kes tersebut bagaimanapun diselesaikan luar mahkamah.
https://www.utusan.com.my/nasional/2023/11/diddy-berdepan-dua-lagi-tuduhan-salah-laku-seksual/

Page88 Publish time 1-12-2023 10:33 PM

P Diddy has been like this for years. He is a monster.
Pages: [1]
View full version: Diddy berdepan dua lagi tuduhan salah laku seksual


ADVERTISEMENT