Raline Publish time 25-11-2023 10:08 PM

Ferrari Purosangue RM5 juta, Roma Spider RM3.2 juta

Ferrari Purosangue RM5 juta, Roma Spider RM3.2 juta


https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/11/Purosangue.jpg
Zahir Kelvin (kiri) bersama Knechtel bersama Ferrari Purosangue pada majlis pelancaran semalam.


KUALA LUMPUR – Pengedar jenama Ferrari di negara ini, Ital Auto Malaysia semalam melancarkan dua buah model Ferrari baharu untuk pasaran tempatan, iaitu Roma Spider dan model empat pintu dan empat tempat duduk pertama Ferrari, Purosangue.

Ferrari Roma Spider dijual pada harga RM3.2 juta manakala Purosangue berharga RM5 juta.

Menurut Pengarah Eksekutifnya, Zahir Kelvin Ong Abdullah, syarikat turut melancarkan bilik pameran Ferrari pertamanya, bertempat di Four Seasons Place Kuala Lumpur, Jalan Ampang di sini.

Katanya, bilik pameran berkeluasan 3,826 kaki persegi (355 meter persegi) itu terletak di lokasi strategik di sini untuk memenuhi permintaan peminat Ferrari.

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/11/Roma-Spyder-1024x777.jpg
Model Ferrari Roma Spider.


“Selain menyediakan kemudahan dan memberi keselesaan kepada pelanggan, ia juga menawarkan pengalaman pemilikan yang lebih baik, seiring dengan standard jenama ini.

“Bilik pameran ini boleh memuatkan dua buah kenderaan dalam satu masa dengan spesifikasi Identiti Korporat Ferrari,” katanya.

Turut hadir ketika perasmian ialah Presiden Ferrari Timur Tengah dan Timur Jauh, Dieter Knechtel. – KOSMO! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/11/23/ferrari-purosangue-rm5-juta-roma-spider-rm3-2-juta/

Pages: [1]
View full version: Ferrari Purosangue RM5 juta, Roma Spider RM3.2 juta


ADVERTISEMENT